Sunday, January 29, 2012

Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor Bandar Putri Puchong Selangor

Lama jugak gua tak cerita pasal makan ni kan.. err!!.. anggap je la lama even baru sahaja beberapa entry lepas nampak gambar gua melantak kat Sungai Rengit.. keh keh keh.. tak de tempat nak jalan sebenarya, gua lebih suka jalan jalan tengok tempat orang lain dan juga melantak makan yang lazat itu adalah harus..

Dulu gua pernah post entry tang satu restoran cina muslim daripada Indonesia, tema restoran Jawa Sunda yang pernah dikunjungi oleh Team Jalan Jalan Cari Makan.. so, untuk kali ini gua membawakan satu lagi restoran yang pernah dikunjungi oleh JCM, Chopp TV9, Kosmo, Metro dan Mingguan Malaysia.. memperkenalkan Restoran Baser, Nasi Ayam dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor... lokasi restoran ni di Bandar Putri Puchong ya.. bukan di Johor..

Gua minum air limau ice ja.. sejak akhir akhir ni teh o ice tidak lagi menjadi kegemaran gua.. tukar dah yang lain.. sebab gua rasa teh o ice telah mengemokkan dan membulatkan badan gua..hahaha..

 Kipas pun ada dalam restoran ni tau.. motif la nak bagi tahu ada kipas kan kah kah kah..

Restoran ini bertemakan Lauk Pauk Tradisional Melayu.. kalau baca sejarah awal dia pun, restoran Baser dimiliki usahawan Melayu iaitu Haji Baser bin Haji Senin.. terkenal sejak 1985 lagi di Kota Tinggi Johor.. kini restoran Baser memiliki beberapa buah cawangan dan yang ada kat Bandar Putri ni lah satu satunya di luar Johor.. http://restoranbaser.blogspot.com/

Dua tiga kali datang sini time lunch hour kat tempat kerja baru sekali gua order Mee Bandung Johor.. gua terpesona... dan untuk kali ini gua order lagi.. yam yam memang sedap..

Dalam restoran ni ada banyak frame gabar bandar yang ditenggelami banjir.. reason, gua tak pasti, mungkin itu gambar kota tinggi la kot kena banjir suatu ketika dahulu kala.. unik, lain daripada yang lain dia ini..

Tengok la, lazat yang amat gua makan pun da macam singa dah..arrgummm!! 

Amacam adakah korang juga terpesona? marila kita meneruskan misi mencari makanan yang lazat lazat keh keh keh.. ok fine fine fine... gua memang kuat makan!!

Thursday, January 26, 2012

Raya Cina Di Time Square Dan Mid Valley Aje (Tak Balik Kampung Jumpa Sanak Saudara Pun)

Cop!! korang buat apa cuti CNY dua tiga empat lima enam hari ni.. apa?! duduk kat rumah aje?! tak remaja la korang ni hahaha.. pegila kuar jalan jalan ka, masuk hutan ka, window shopping ka.. window je ya  tengok daripada jendela, jangan beli kalau tak perlu.. membazir even stock clearance pun jangan beli.. kah kah kah..

Gua pulak baru sahaja semalam semalam hangout dengan kawan gua yang dah lebih setahun tak jumpa.. setahun..err jap kira kira lebih kurang la kot.. ya la kan, semua dah busy dengan kerjaya masing masing (alasan gua) hehehe.. so, kitaorang lepaking kat Berjaya Times Square merayau sampai tutup kedai semua..

Padahal memang dah tutup pun kitaorang sampai sebab nak tengok midnight movie Underwaterwold..

 Berjaya Times Square, view pada waktu malam dengan tanglung bukan original.. kurang manusia..

Ugly candid picture, padan muka hahaha.. Dr Faisal dan Dr Hairudin..

Dr Hairudin bersama Dr Abu dan Dr Riko... eh! tak kitaorang dua bukan doktor haha..

Juga pegi Mid Valley dan Garden.. Chinese New Year, tentu saja Garden dengan tema CNYnya.. merah, kau mampu!! hahaha..

 Gua keding dengan kawan gua taf.. takut..

Kawan gua dan kawan gua.. berangan..

Ini gua dengan kamera kawan gua.. pun berangan jugak!!

Antara view lawa yang korang boleh tengok sekarang di The Garden Mall.. 

Ok, komen gua pasal movie Underworld Awakening 2012.. cerita dia macam simple sangat la, tak best serupa tiga Underworld yang sebelum ini.. serius..

Dan gua jugak baru tahu perkataan "Jadah" tu boleh digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai (dapat diterima sebagai yang rasmi atau yang sah).. dalam translate filem Underwaterworld tu ada dialog "Apakah Jadah itu?" telah digunapakai.. disebut oleh bapa si David time bunyi Lycan yang besar tu datang mengganas ke tempat Vampires..

Sebelum ni main sebut je kan.. ingtkan bahasa campur rojak.. lemah!! no-wonder aku hampir gagal bahasa melayu time SPM dahulu kala hahaha..

Sunday, January 22, 2012

Leman Nak Pegi Kuala Lumpur Tinggalkan Mak Ayah Dia Kat Kampung Didalam Kesedihan

Hidup kat kelompo ni memang jauh beza dengan hidup kat kampung (ayat klasik).. daripada segi budaya pergaulan dan suasana dia memang lain (ayat klasik lagi).. kalau dalam tivi drama atau filem ada je ayat "engkau Leman kalau duduk kat Kuala Lumpur kena hati hati, jaga diri baik baik.. jangan tianggal solat" pesan emak Leman kepada anak kesayangannya itu.. "kalau cuti panjang sikit jangan lupa balik kampung jenguk mak dan ayah kat sini, mak dan ayah dah tua.. tak de siapa nak jaga" tambah emak Leman lagi...

Sebenarnya gua bukannya nak cerita pasal si Leman yang nak pegi kelompo tinggalkan mak dan ayah dia kat kampung.. gua nak cerita pasal housemet gua yang minat tengok cerita korea.. maksudnya kat sini gua nak cekpat housemet gua sendiri..

Kitaorang sehousemet lebih kurang dua bulan dah, ofkos la dia lelaki tak kahwin lagi dan tidak mempunyai anak.. gua perasan dia suka tengok cerita korea sebab tiap hari gua dengar orang cakap korea daripada bilik dia.. tak de la dia nak bawak orang korea lepak kat bilik dia pulak kan.. so kesimpulanya dia suka tengok cerita korea la..

Sofar gua tak dengar lagi bunyi lagu lagu k-pop.. maksudnya dia layan movie atau drama korea jak.. k-pop k-pop ni dia tak main..

So apa masalahnya dengan cerita korea?.. masalahnya di sini dia ni pengotor (tak de kena mengena)..

bilik gua besih...eh bukan.. ini bilik miss whatever..

Gua ni tak de la pembersih sangat pun, tapi kalau dah tahap pengotor dia ni memang gua tak boleh bla.. ada ka patut sampah dia dia longgok kat dapur, sampai berulat dan bau busuk.. abis stoken dan kasut gua kena rogol pupa lalat, banyak pulak tu eeewww.. toilet pula dia tak reti nak jaga, tahu dah kongsi toilet pandai la jaga.. tak sensitip langsung.. gua nak duduk berak pun tak selesa.. terpaksa la gua mengamalkan prinsip "Bersih Berak Bersih".. bersihkan toilet dulu pastu berak kemudian bersihkan toilet semula.. oh malang dapat housemet yang pengotor, nak bagi tahu pun tengok macam dia lebih tua daripada gua, eh perasan sendiri kah gua ini haha....

Jangan pelik kalau gua cakap gua tak kenal sangat dengan housemet housemet gua ni.. sorang tu gua sehousemet dengan dia dah setahun lebih, nama dia kalau tak silap Ken, dia ni tak de masalah sangat.. yang minat korea ni gua tak kenal langsung.. reasons, masing masing sibok jarang duduk kat rumah.. kalau ada pun duduk bilik masing masing.. tak pernah borak togather gather ke hape.. biasala kelompo, errr KL la sangat, gua kat Puchong je pun.. emmm lebihkurang je..

Kesimpulanya, tahu dah diri tu besar panjang pandai pandai la jagan kebersihan.. kalau dah hobi mengkotorkan diri pun jangan la sampai libatkan dan susahkan orang lain.. errr macam bukan kesimpulan je ayat ni..

Ok!! ramai ramai jom layan lagu korea.. " Sorry sorry sorry sorry.. Naega naega naega meonjeo Nege Nege nege ppajyeo.. Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby.. Shawty shawty shawty shawty.. jadah jadah apakahjadahnya"..

Tuesday, January 17, 2012

Gua Di Sungai Rengit Mencemar Duli Di Negeri Johor

Sepatutnya minggu ni gua kena pegi Johor lagi.. outstation, follow up kerja yang gua buat last two weeks kat Desaru.. tapi memandangkan bos gua cakap gua ni nakal, soh pi buat audit tapi pegi pulak buat sesi fotografi kat semak verangan ikan patin. so bos gua tak bagi pegi dah.. suruh duduk opis diam diam pulak.. dammnn.. gua cuma boleh tengok gambar yang hari tu je la..

Kalau di bagi pilihan gua memang suka pegi outstation, sebab kalau duduk kat opis gua malas nak mengadap penyimpan mohor besar, duduk tepi buat kerja kerja yang ntah bila nak beres.. lagipun kalau keluar gua boleh menghirup udara segar luar kota, berDSLR dan cari tempat makan yang enak.. curi curi peluang sikit sikit sikiiiiiit makan angin..hehehe tapi yang paling penting priority kepada tugasan yang diberikan.. kerja dah siap baru boleh fikir benda benda lain.. ok ingat itu abu ingat..

Sampai sampai je kat Johor gua terus cari tugu peringatan.. gua jumpa tugu peringatan raksasa udang kat pekan Sungai Rengit.. pekan ni old-school sangat,  kalau malam pukul 9 semua kedai dah tutup, kecuali kedai kedai makan dan dua tiga bijik kedai cina.. cuma kawasan ni nice masa petang sebab ia berdekatan dengan laut Selat Tebrau..

Permandangan diwaktu petang di pantai dekat pekan Sg. Rengit.. cantek kan, sori la gua tak reti ambek gambar, gua cuma reti di gambar aje.. pantai dan air dia out.. opss!! sori.. gua dah terbiasa tengok pantai yang cantek kat Sabah, so parameter yang gua gunakan agak tinggi.. belagak sombong bongkak abu..haha.. tapi kalau dah gelap permandangan laut agak unik.. sebab kat sini macam RNR kapal kapal besar, singgah.. nampak macam satu kota besar kat tengah tengah laut.. serius.. tak tipu..

Gua dan rakan sekerja duduk kat hotel color hijau tu.. agak murah jugak la, kebanyakan sewa hotel dan rumah kat sini mahal even pekan dia nampak macam pekan mati.. mungkin sebab pekerja pelantar suka menyewa kat kawasan ni.. well pekerja pelantar tahu la gaji macam mana..

Antara moment moment  yang terpenting bagi gua ialah makan..  tengok tu dalam gambar, gua baru sahaja melantak ikan bakar.. makan kat tepi pantai berlantaikan pasir berbumbungkan awan nano.. otak otak dia 60sen satu ya harap maklum semua, murah seposen banding otak otak kat Puchong.. seposen pun nak cakap grrr..

Kata kawan gua En. Zuraimi yang berbaju oren kat atas tu yang memang orang Johor katanya, makanan special kat Sg. Rengit ni ialah lontong darat.. memang macam darat jugak la aku tengok.. biasanya lontong banjir dengan kuah dia.. tapi kat sini pulak makan dengan eeemm apa ya.. daging masak rendang kot.. dengan ada lagi bahan bahan lain..

Seperti biasa apabila gua menikmati makanan yang lazat.. gua akan kelihatan kacak kah kah kah.. nice kan pagi pagi dah lepak sarapan kat tepi pantai.. perut kena isi dulu sebelum memulakan kerja..

Cik Wafa dan En. Zuraimi mengukur kependekan dan kepanjangan papaya selain melihat size, index, maturity dan defectnya.. untuk pengetahuan korang papaya ni adalah papaya yang terbaik Malaysia, hantar sampai London buat makan Keira Knightley dan ke Hong Kong bagi kat Jackie Chan, texture, bau, dan rasa dia agak berlainan daripada papaya lain yang ada dalam Nilapura.. lebih sedap dan yam yam.. beli la hasil pertanian Malaysia, lebih selamat dan bermutu tunggi.. dapatkan di seluruh pasaraya Carrefour dengan jenama Carrefour dan seluruh pasaraya Giant dan Cold Storage dengan jenama Paiola.. wah promot habis aku ni hahahahaha

Pastu makan ulat gonggok pulak..yarkk!!.. comel kan ulat ni.. macam biji kacang.. kecik ni gua boleh pegang lagi, tu pun kalau dia dah begulung berani la gua.. tapi kalau yang sebesar jari, color hitam kaki warna merah tu aaaah memang gua takut...

Gua bergambar dengan girangnya dengan Cik Wafa.. panas jangan cakap la.. gua makin hitang.. kasut tuuuu.. kau ada!!

Masa otw balik KL kitaorang sempat singgah kat Johor Premium Outlets (JPO) eemmm... ingatkan mula mula dengar gempak sangat la tempat ni, biasa je pun.. tak de la murah mana, pilihan pun tak banyak.. best lagi KL.. orang Singapore ramai kat sini.. diorang suka la, nilai duit tinggi.. kuasa membeli pun tinggi la..

Apa apa pun seronok outstation kat Johor even tak boleh berhuha huha sangat sebab pergi atas urusan kerja.. ni adalah first time gua ke negeri Johor, dah mencemar duli..

Monday, January 16, 2012

Basuh Guna Tisu Atau Air Dalam Tangki Flush

Ramai yang dah tahu pasal masalah air yang di hadapi kat Selangor ni.. dalam berita je pun jap tadi ada cakap pasal bekalan air yang tidak mencukupi di Selangor dan mungkin akan merebak ke sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya..

Punca utama adalah disebabkan bekalan air terhad daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Sungai Semenyih.. sekarang ni pun loji rawatan tersebut sedang beroprasi pada tahap yang maksimum, tapi masih tak cukup jugak sebab penggunaan air semakin meningkat sebab cuaca panas dan nak dekat dengan raya cina..

Tapi yang pasti sejak beberapa hari ni kat opis ada je masalah air yang berlaku, gua kurang pasti sama ada itu ada kaitan dengan masalah yang disebutkan kat atas atau masalah teknikal kat tempat kerja, pam rosak ke apa kah, mana la tahu kan..

Kalau gangguan air berlaku kat opis mungkin korang dapat bayangkan masalah masalah lain yang akan timbul antaranya nak solat pun susah, minum air nestle dan alicafe tekan tekan  pun tak dapat, selain masalah nak beristinjak.. 

Dengan itu dinasihatkan check la dulu air tu ya sebelum melampiaskan nafsu serakah dalam toilet, ada ke tak de air.. kang dah berak semua masa nak cebok.. fak!! tak de air.. apa nak buat..hahaha... 

Nasib baik la Islam tu mudah, kalau dah tak de air terdesak sangat dah kencing terpaksa la guna tisu yang disediakan.. kalau tak nak, cebok guna air yang ada dalam tangki flush je la.. untung kalau tangki tu tak tinggi, kalau tinggi masalah bagi orang hobbit macam gua ni haha.. tapi sesuci mana air dalam tangki flash tu kalau dah second, third, forth user.. guna tisu je la ya.. 

Kalau yang perempuan gua tak tahu solusi apa yang paling sesuai tuk korang, luar lingkungan pemikiran gua keh keh.. sebab setahu gua perempuan ni lah yang paling kuat guna air kalau bab bab urusan dalam tandas mahupun di bilik mandi hehe.. 

Suykur la kat flat bajet apartment tingkat lapan tempat gua tinggal ni tak de lagi masalah air.. kalau tak, mengambing la gua tak mandi pegi kerja, seperti zaman silam beberapa kali tak mandi pegi kuliah disebabkan tak de air kat kolej..

So, nasihat gua jangan la nak membazir sangat dengan air.. kurangkan la aktiviti yang mewajibkan korang mengambil hadas besar haha.. basuh keta basuh motor jangan nak royal sangat.. ok, i go amigoss..

Wednesday, January 11, 2012

Cara Release Tension Lepas Jawab Exam

Oh adik adik masih berexam kah lagi kalian.. kalau masih good luck la abang ucapkan.. jawab paper bagus bagus ok.. jangan bawak toyol, kantoi kang repeat pulak kah kah kah.. kalau nak boleh jugak, pandai berak pandai la basuh...

Mungkin ramai yang setuju.. amatlah terhaven sekali kalau dah hapis paper, jangan kan habis.. kalau dapat gap yang panjang antara dua paper pun dah kira oyeh oyeh!!.. sempat lagi tengok wayang, jalan jalan soping soping, atau habiskan satu campaign RPG game hahahahaha..

genres movie yang paling aku layan hehehe..

Korang bagaimana cara nak release tension kalau dah lepas jawab paper?.. delete yang semalam semalam sebelum start struggle untuk next paper pulak, ikut pengalaman memang macam macam cara yang aku tengok.. tapi antara banyak banyak yang terpaling aku suka ialah layan films.. ehem! bukan blue films ya, harap maklum..

Bukan aku sorang je yang suka bermovies marathon kalau dah habis paper.. kalau kat kolej Teratai atau Kolej Perindu UiTM tu rasanya semua macam tu.. yang datang masuk bilik nak kopi movie katanya.. emmm baru abis paper la tu.. sama gak macam aku daripada tingkat atas gi tingkat bawah bilik member nak collect movies tuk buat movie marathon.. ha seronok kan, cara paling mudah nak release tension.. oh dammmn cerita benda benda macam ni rindu pulak masa zaman zaman study dulu sob sob..

Korang pulak macam mana? err.. nanti ada pulak yang cakap "gi surau la.. ngaji kuran cara yang paling bagus"... yang itu aku tahu la jugak hehe..

Btw, aku dah tukar header.. amacam ok tak?.. kalau korang cakap "tak ok".. aku buang sekarang jugak keh keh keh..

Saturday, January 7, 2012

Lawatan Ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

Aku harap entry ni tak berat macam apa.. sebab ada sebelas gambar semuanya.. lagipun hari tu aku pernah masuk dalam blog Hamzah Ian, dia letak 20 gambar dalam satu entry.. ok je aku buka.. kah kah lah cara nak sedapkan hati, membuat perbandingan ya kawan kawan.. bukan mengkamerkan atau membundarkan.. ok!! siap dah intro merapu aku hehehe..

Sebenarnya ini cuma gambar kenang kenangan aktiviti kelab KRK MAFC Group.. KRK ni tak silap aku maksud dia kelab rekriasi dan kebajikan ke hape, aku pun tak hengat sebab diorang sebut sebut KRK je kat opis.. aku bukan la komiti kelab ni tapi sebagai rakan sekerja, bagi jugak la sokongan dengan aktiviti syarikat.. gitoh!! hahaha

Semalam kelab KRK buat lawatan amal ke Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, dekat je kat sini, lebihkurang 20 minit perjalanan daripada tempat kerja, kalau tak jem la.. dan 5 minit je daripada rumah sewa aku ni.. seramai 13 orang staff semuanya mewakili MAFC Group meluangkan masa selama hampir 3 jam bersama dengan anak anak yatim di rumah amal tersebut..

Tuuudiaaa.. pasukan ibu ibu mengangkat barang makanan.. eh tak!! ada yang tak kahwin lagi..

Sesi pengenalan aktiviti dan wakil syarikat di bilik tetamu bersama dengan Ustaz Zawawi (ayah), puan dan cik yang bertugas mengendalikan RALK.. di sini juga kitaorang diperkenalkan dengan seorang kanak kanak yang paling kecik kat ramah amal ni..

Memang jelas terpancar sifat keibuan mereka.. 

Yang ini tak jelas lagi pancarannya.. hahaha

En Khalid sebagai wakil menghulurkan sedikit sumbangan kepada Ustaz Zawawi Ramli.. beliau adalah co-founder RALK bersama sama dengan isteri beliau Ustazah Raba'ah Abdul Aziz..

Wajah anak anak yatim yang menghuni RALK.. antara tujuan utama rumah amal ini memastikan mereka membesar dengan didikan agama.. 


Ada persembahan.. banyak kativiti diorang sebenarnya.. ada juga kebun bunga dan kebun sayur..

Ehemmm... masa anak anak yatim tu nyanyi ramai ramai lagu nasyid something pasal ibu dan ayah .. oh serius memang sedih dowh.. tengok la wanita yang berhati kapas, mana tak menitis air mata.. lain lagi yang nyorok kat tepi tiang hehehe..

Memang tak sah kalau tak bergambar kat mana mana signboard..

Sebelum berangkat pulang.. ambek gambar dulu kat luar ya.. alolololo.. comel je adik kecik tu.. 

Bergambar ramai ramai..  ada penghuni RALK baru duduk depan kat hujung sana, pakai baju biru stokin putih keh keh..

"Anak-anak yatim hatinya terhiris dan sering menitiskan airmata bila melihat kanak-kanak sebaya dengannya dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Mereka juga ingin merasa pelukan ciuman kasih sayang dari seorang ibu atau ayah...rumahamallimpahankasih.com

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rumah Amal Limpahan Kasih bolehla berbuat demikian melalui cek atau tunai:
  • Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
  • Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan) 
  • Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

"Susah Orang Susah Kita, Senang Kita Dikongsi Bersama" www.rumahamallimpahankasih.com


Friday, January 6, 2012

Mari Bergambar Dalam Semak Macam Fatin Liyana

Ini gambar suka suka.. tak de motif tak de apa.. aku cuma excited jumpa rumput ekor kucen masa kat Desaru Johor baru baru ni.. mana nak jumpa rumput ni kat KL? ada tak! tak de kan.. kat kampung aku pun tak de tau.. kat Johor je mengkali ada hahaha..

Sebenarnya pegi kat sana atas urusan kerja.. well paham paham je la aku kalau pegi outstation, dah habis kerja beginilah kejadiannya.. keh keh keh... gelak jahat..

oh dammmmn.. silaunya di bawah pancaran sinaran matahari.!!.uweekk!!

angin yang kuat.. sedapnya bau rumput yang hijau.. err.. bau rumput.. sedap kah..

cak cak boom!! pun boleh..

ragggummm!! jom main cakar cakar rimau dalam semak hahaha..

aku sesat aku sesat.. mana jalan nak keluar.. tolong..

oh sukanya sukanya menggatalkan diri dalam semak.. dammmmn..

ISO: Sembarangan
Aperture: Sembarangan
Shutter speed: Sembarangan
Lokasi: Ladang Papaya Desaru Johor 
Model Handalan: Abu
Photographer: Rakan Sekerja (kami bersekongkol oyeh!!.)  

Aku sendiri pun gelak tengok gambar gambar ni.. tak de keja lain punya abu hahaha.. ingat senang ke nak posing dalam semak samun, bawah panas matahari lagi, gatal jangan cakap la, nasib baik tak de ular, kalau ada lagi exotic gambar gambar ni semua...

Banyak lagi gambar dan cerita yang aku nak ceritakan sebenarnya, tapi sejak jarang update ni rasa macam kekok pulak nak taip entry.. bler bler sedikit.. lagi pun kalau letak banyak sangat gambar kang meletup laptop  cap ayam aku nanti.. bio je la tuk kali ni.. esok esok aku cerita lagi ya.. kalau aku rajin la..hehe..

Monday, January 2, 2012

Antara Azam Dan Cita Cita

Kalau tahun baru je orang mesti akan sebut azam.. apa azam tahun ni? azam tahun lepas dapat ke tak? tak de pulak sebut cita cita.. apa cita cita tahun ni? cita cita tahun lepas dapat ke tak? err.. peliknya..

Ok mari cari dalam kamus.. dict.rewaz.org

Cita-cita
Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat)
Ayat: seakan-akan digerakkan oleh cita-cita hendak bertemu dengan anak bininya; cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;

Azam
1. Kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya)
Ayat: dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan azam nya hendak menambah penghasilan sawah;

2. Teramat mulia
Isimal azam nama yang teramat mulia (nama Allah).

Selalunya cita cita ni kita cuma sebut time sekolah je.. macam aku dah besar panjang ni (besar dan panjang kah?!) kalau orang tanya tang cita cita aku terus gelak.. aku dah tak tahu apa cita cita aku sebenarnya, mungkin aku akan jawab.. "cita cita aku ialah aku ingin berjaya dalam hidup" hahahaha.. eh gelak, betul la kan.. siapa yang tak nak berjaya...

Sepatunya la kan, cita cita disebut dengan lebih spesifik.. contoh nak jadi ahli perniagaan import export, nak jadi bomba, peguam, doktor, angkasawan, penternak udang rimau.. macam tu kan? tapi kalau dah usia sekarang ni aku cakap nak jadi doktor mesti orang gelakkan aku hahaha.. aku dah tersasar jauh tuk jadi doktor.. doktor tumbuhan boleh lagi la kot hahaha

Sejak kecil lagi cita cita aku tak konsisten sebenarnya, mula mula masuk sekolah rendah dulu aku cakap dengan cikgu sekolah memang pun aku nak jadi doktor.. ntah tak pasal pasal aku tukar cita cita aku nak jadi polis, mungkin sebab aku tak cukup cerdik kot kat sekolah hahaha.. 

Pastu aku fikir fikir susah jugak jadi polis ni, nanti gadoh pulak dengan mahasiswa.. so aku tukar nak jadi ahli sains.. paling last aku ingat aku cakap aku nak jadi guru.. mendidik anak bangsa katanya.. dan sekarang lain pulak jadinya dah terjun dalam bidang quality pulak.. tup tap tup tap sekarang ni aku bercita cita ingin menjadi seorang artis yang terkenal, nak kena gosip hari hari hahahahaha..

Untuk adik adik, kalau korang nak capai cita cita korang ofcos korang kena belajar kuat kuat, masuk kelas yang cerdik kat sekolah menengah, barula peluang bertambah cerah.. yang paling penting masa korang decide nak ambek kos apa masa nak masuk universiti.. kalau dah agak agak tersasar pandai pandaila korang adjust.. tapi yang terpaling penting result SPM mestila superb, barula boleh demand.. jangan jadi macam aku, gelap pandangan mataku, kompius hahaha..

kalau cita cita korang tercapai nak jadi perdana menteri nanti opis korang kat sini la.. wah!! good luck.. sila tadbir urus negara dengan baik ya, perangi rasuah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!