Monday, July 23, 2012

Fesyen Tudung Terkini 2012: Pendapat Aku Tentang Trend Wanita Bertudung Masa Kini

Dekat dekat nak raya ni mesti ramai yang dah mula berfikir fikir pesen tudung apa yang nak dipakai kan..terutamanya perempuan, errr.. memang la perempuan, takan pondan pun nak pakai tudung.. tapi ada je kan pondan yang pakai tudung, muslimah katanya.. mana mana la, pondan pun pondan la..

Balik cerita pasal tudung.. sebenarnya pada aku tak kesah la korang nak pakai tudung apa pun, nak letak kupu kupu kah, pasu bunga kah, lilit satu badan kah, warna wari macam I-City kah.. yang penting menutupi apa yang perlu ditutup seperti yang diajarkan oleh Islam.. ingat lagi tak Wear it Right Campaign, Covering the Chest is The Best..

Tak pakai tudung pun tak pe.. pakai alas meja kah, kain langsir kah, kain pelikat kah pon buleh.. cukup kan nak litup bahagian bahu dan tetek.. so pakaila.. biar nampak ayu dan lembut dangan santunya, sejuk je mata memandang..

Kalau nak cakap pasal fashion tudung sekarang ni jangan la.. banyak gila, laju betul pesen pesen terbaru,  mengalahkan Samsung Galaxy series, aku pun tak terkejar (motif aku nak kejar).. tapi yang bestnya aku tengok gaya dia semakin menarik, moden, kontemporary dan elegant.. selain mengekalkan ciri ciri muslimah dia.. wah gila aku ayat fashion designer hahaha..

Aku melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif.. tengok la lately semakin ramai wanita muslim yang memilih untuk bertudung/ berhijab.. daripada free hair kepada image bertudung/ berhijab.. tak kira golongan biasa ataupun daripada golongan artis..

Dilihat sebagai fashion, tapi pada aku itu dikira okay, sekurang kurangnya ada 'sesuatu' di hati mereka.. walaupun ada jugak bunyi yang mengatkan "buat apa nak bertudung tapi hati tak ikhlas, sekadar fashion semata mata".. tapi pada aku jugak sekurang kurangnya mereka sudahpun terlepas daripada satu dosa iaitu dosa mendedahkan aurat, dosa yang lain hanya Allah swt. yang mengetahui..

Kepada wanita diluar sana, jika korang sedang menimbang nimbang lepas ni sama ada nak berhijab atau pun tidak.. teruskan lah niat korang untuk berhijab.. sementara usia masih muda, fashion yang lawa lawa dan hangat tengah belambak di pasaran.. nanti dah tua da kurang yakin dah nak pakai lilit lilit bagai, rugila korang tak sempat nak rasa satu era muda anggun dengan berhijab..

Tengah bulan Ramadhan ni jugak mungkin adalah masa terbaik untuk berubah.. lebih berkat berbanding dengan 1 January.. pahala pun dilipat gandakan.. dah bertudung nanti dapatlah berhari raya dengan image baru, buat surprise kepada sanak saudara rakan dan taulan di kota dan di desa.. amacam positif tak aku, bagus tak idea aku ni hahaha..

Oh sebelum aku terlupa, gambar gambar ni semua aku ambek daripada fb TudungPeople.. tengok tudung dia semua nampak macam lawa, pegi la terjah sebelum kehabisan stock.. aku tengok pun ada banyak yang sold out, ni lagi dah dekat nak raya..

Fikir fikir nak pakai tudung apa time raya nanti aku pun tak tahu la korang, macam macam jenis nama tudung.. korang perempuan jugak la yang tahu lebih.. kitaorang cuma boleh cakap "korang nampak lebih cantik dengan bertudung".. ok itu je, selamat berpuasa..

PS: Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima

Sumber gambar: https://www.facebook.com/TudungPeople


Tag: Gaya tudung terbaru, gambar fashion tudung hari raya 2012, gaya fesyen tudung terkini untuk hari raya (gambar), tudung online shopping, gaya fesyen tudung yuna dan hana tajima, tudung fareeda, tudung borong online, tudung jual kodi, gaya tudung tasha manshahar, tudung ariani 2012, tudung online, fashion tudung, bawal, labuh, yuna, terbaru.

36 comments:

tirahzairi said...

erkk....nak buat cmne kan...semua nk ikut trend...huhu...xsalah ikut trend tp mesti ikut ape yg dh ditetapkan,,,tirah xikut sgt trend2 skunk...cm susa nk follow..hehe

#selamat berpuasa#

onie said...

tudung kat sana(tudungpeople) mahai yang amat, mampu beli tudung kat pasar malam je, asalkan still menutup aurat gik,hihi..... tak sabar nak raya, tapi kena hilangkan parut kat muka ni dulu,huhu....selamat berpuasa abu :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hihi..akak setuju dgn setiap apa yg ko tulis..


ikhlas x ikhlas belakang kira..kalau nk tunggu ikhlas ntah bilala nk ikhlas..biarla mula-mula kita pakai sbb nk melawa ke..


akak dulu memula pakai sbb malu..kengkawan seme pakai takkan kita sorang nk bogel (kepala) malu woo..


lelama dah terbiasa pakai..dan barula ikhlas pakai sbb nk tutup aurat


akak nyer pilihan tudung yg melilit satu badan kahkah..dah tuo tp perasan nk melilit cam budak remaja...tp akak suker sbb boleh tutup smpi dada

ABU said...

Super like komen kak rina..
See ikhlas itu akan hadir dengn sendirinya..

Miz Rinie Yunus said...

Lg berkat kalau Abu belikan tudung untuk kakak sebagai hadiah besday kakak...besday kita kan dekat jak....hahahaha...gurau jak,abu...hehehe...a'ah..sekrg mcm2 style tudung...tp, kena ikut padan ke tak dgn kita gak la...jgn jd mangsa fesyen plak kan..hehehe...Lilit punya lilit,kang jd mcm ala2 mumia plak...hehehe...for me,yg penting simple,but nice and sweet when people see us..chewah...Selamat berpuasa,Abu...

ABU said...

Eceh ceh ceh kak rinie..
Slmt berpuasa kak..

fasham said...

cantikkan trend sekarang..^__^

syakey said...

slamat aku simple mimple. takde la nak naik pening nak pilih tudung apa raya ni. tudung bawal sudahhhh. karang last last time ry slingsing lengan baju duduk dapo jugak.

kay_are said...

aku bukan nye baik sangat tapi bagi aku, nak tutup.. tutup betul2.. certain2 tudung memang tertutup. bagus.. tapi ade certain2 lagi yang tutup rambut tapi nampak dada.. tu aku tak bape setuju

Wadi AR said...

bagusnye entri abu. mohon makwe diluar sana beratur untuk dijadikan calon suami mithali

ros maisara said...

tudungpeople tu biasa je ..tapi model dia lawa...hehehehe...

Liyana Zahim said...

Aku nk pakai tudung saji je la abu.. Hahaha.. Aku kalau pkai tdung tak reti nk bpesen2 selendang ni nnti muke aku mcm seketul telur jelah-

HeNRieTTa JoSe said...

xpndai fesyen nieh....cuma pkai tudung bawal jew...kekadang shawl...

HeNRieTTa JoSe said...

xpndai fesyen nieh....cuma pkai tudung bawal jew...kekadang shawl...

syafiqakarim said...

cecantik pompuan nya bu
kau cop mana?
hahhaa

cik najihah said...

x kisah nak pakai macam mana pun asalkan yang sepatutnya ditutup tertutup..

cik najihah said...

x kisah nak pakai macam mana pun asalkan yang sepatutnya ditutup tertutup..

cimöt said...

ayat fashion designer je.. hahaha

anamizu kaito said...

like berkali-kali entry ko ni ABU..hehe ~

aah tudung kat Tudungpeople mahai la.. tak mmpu le guwa nk beli.. beli yg kt psr mlm je le mampu..aslkan tutup ape yg patut. ye dak? :)







Luv,
cik ana

khairul akmal bin azman said...

tudung people.. da la mahai..
org x lawa pakai pun jadi mahai..

x la. gurau je..


terpikat lak kat model tudung td..

Hanif Idrus said...

Aku terharu baca entri kau kali ini...serius..
penuh makna dan kena dengan bulan Ramadhan ini.....
Tapi bab bahu dab t****...aku no komen..hahahahaha
Nice entri!!

Yousof said...

Tak ada gambar gadis yang lebih comel ke nak letak? ;D


Untung kaum hawa kan.. dah bosan tudung ada motif bunga, boleh order online tudung ada motif pasu bunga, tak pun motif rumput² kering..


Jangan lilit lebih pada kepala tapi terkurang pada dada sudah..

lilypelangi said...

fesyen skang memang macam2 .. tapi kadang2 simple itu lagi cantik :)

KhaiRin : anies said...

dulu, kini dan selamanya..tudung bawal..bkn x nk pakai tudung lain tp ianya bisa menjorengkan mukaku hehehe

Chic Na said...

setuju ngn abu. walaupun bertudung sekadar berfesyen tp sekurang2 nya dapat kurangkan dosa. mana tau tetiba dpt hidayah kan. tudung sekarang berstyle2 sgt. mmg tak terkejar. :)

hanjila said...

oleh sebab sy ni tdk pndai ikut trend tudung semasa, maka sedang mempertimbangkan untk buka bisnes tudung, bolehlah mohon jd fashion designer nnt. huhu. btw, good entry abu, pndpt bernas, super like (:

Juliet_iRa~" said...

abu..kalau nak kejar mmg xterkejar kot fesyen2 ni..hehe..

ira plak ikut gak trend tp y selesa je laa...hukhuk..

apa pn suka y simple janji selesa..pastu ikut mood..kalau rajin belit2 gak..:p

salam ramadhan!

anif abdullah| AA said...

orang pomouan skunk macam2 pesen.. ada contik,ada juga yang serabut. maaf kata laa....

p/s: yang penting labuh menutupi dada.

Cik TeN10 said...

Ohh aku lebih selesa dgn tudung bawal yg biasa tu.. Tp kat sini mmg aku spare tudung yg siap tinggal nak sarung je xyah lilit takyah pkai pin bagai.. Senang kalau ada emergency nak2 time earthquake kan.. Mmg xsempat r kl nk lilit bagai.. Ape2 pn fesyen2 jgak tp niat kena betul :)

Gen2Merah said...

perghh, terpukau mata lohta gadis2 bertudung anggun ini.... (",)

the malay male said...

tak kisah lah diorg nak gayakan macam mana, yg penting pakai tudung :-)

Hanie Dew said...

yes.i loike this entry.peduli org kata bertudung ikut trend atau tak ikhlas.yg penting ada niat dan buat.ikhlas tak ikhlas dia dgn Allah.umpamanya,pompuan jahat yg betudung lebih baik dr pompuan baik yg dedah aurat. <<< tazkirah terawih semalam.

blog-tips-kurus said...

syukran Ustaz Abu..
maaf, lain kali gunalah perkataan yang lebih indah untuk ..... ya.
(>.<)

APAN said...

sekurang2 kurang bertudung...x pyh nak mengata sngt la lps tu kan...slow2 la nanti. lelaki cam kita pun sama gak...

bg aku, jngn nmpk xtreme sngt sudah...kdg2 pyh nak menerima fesyen tudung skang ni...pelik2 je...haha...

hazanis said...

ikut trend xpe..jnji menutup aurat.:)

[sutera kasih] said...

yang penting apa bu? yg penting apa? yg penting tutup apa yg patut..niat masing2, pndai2la fesyenkan diri hehe
btw, aku ada jual tdg bawal ribbon, sapa nak, sila terjah blog haha sempat iklan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!