Tuesday, April 10, 2012

Baju Tradisional Pasangan Pengantin Suku Kaum Bugis

Kredit kepada Adan kerana berkongsi satu puisi Bugis di ruangan komen di dalam entry aku yang ini.. mungkin lebih elok kalau saya kongsikan kepada anda semua puisi ini.. hasil karya Asmiaty Amat yang bertajuk Manusia Bugis..

Manusia Bugis

Manusia Bugis dilahirkan begitu
Roh perwira tinggalan moyang
Tidak mungkin digalang ganti
Biar beribu tahun berganti

Manusia ini dijadikan begitu
Agama dijunjung,adat dikendong
Bersatu sebati menjadi darah
Menjadi nadi hingga ke tanah

Manusia Bugis begitu sifatnya
Kental juang rajin usaha
Mawatang makkareso tak kira di mana
Keras hati bersemangat waja
Tinggi peribadi baik pekertinya
Besar ego mulia hatinya
Panjang akal luas langkahnya

Manusia Bugis istimewanya begitu
Dicabar jangan
Dihinapun jangan
Ulu pedang jadi taruhan

Rela mati pertahan maruah
Siri' dijaga pesse dipelihara
Derita saudara ditanggung sama
Pada idi pada elo
Sippatottong sippatuo
Menjadi pegangan setiap perjalanan

Keringat yang mengalir dari tubuhnya
Umpama air sakti tinggalan pendeta
Penerus kehidupan zaman berzaman
Tenaga yang dikerah dari jernih perihnya
Umpama titisan embun suci
Menjadi azimat penerus warisan

Hasil Karya: Asmiaty Amat

Dr. Asmiaty Amat
Senior Lecturer Universiti Malaysia Sabah
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
BA.,MA. (UKM), Ph.D (UM) Kepakaran : Persuratan Melayu Jawatan : 1) Pengerusi JK Penerbitan 2) Ketua Editor MANU


Ok serius lari tajuk.. sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang, gambar gambar pasangan pengantin memakai baju tradisional daripada suku kaum bugis.. korang memang dah tahu kan, kat Sabah terdapat banyak jenis suku kaum.. kebanyakan mereka menjadikan pakaian tradisional adalah antara salah satu persalinan yang perlu dipakai semasa hari persandingan, macam kat semenanjung gak la pakaian Melayu, siap degan tengkolok samping bagai..

baju suku kaum bugis pasangan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.. sumber 

baju pengantin perempuan, baju bodo.. sumber

baju pengantin dan pengapit lelaki dan perempuan daripada suku kaum bugis.. sumber

Tag: baju pengantin bugis, baju bodo, persalinan tradisional suku kaum bugis,  baju pengantin bugis

2 comments:

ain farahin said...

first time tgok.hehe

Rose Sue Kechik said...

terbaikk la kak As..:) :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!