Thursday, September 29, 2011

Syawal Terakhir, Majlis Sambutan Hari Raya Malaysian Agrifood Corporation Bhd.

Amaran, banyak gambar dalam entry ni, kalau korang rasa susah nak load tekan pangkah sekarang!! hehehe..

Semalam adalah syawal terakhir, tempat kerja aku iaitu MAFC telah mengadakan majlis jamuan hari raya.. semua staff telah dijemput hadir.. even ramai gak yang tidak menghadirkan diri tapi majlis tetap berjalan dengan lancar.. siap ada penari jemputan buat persembahan tarian zapin lagi uollzzzz... hahaha...

Kalau nak ikutkan cakap rakan sekerja aku ni, mahunya semua gambar diorang nak aku letak dalam blog.. susah jugak ada kawan yang gila glam ni kan hahaha.. aku cakap berat, dirorang soh pulak buat entry bersiri khas untuk gambar gambar ini sahaja..yaiii!!

Bawah ni adalah gambar yang aku pilih dan telah di edit sedikit dalam picnik.com, maklum la DSLR Nikon yang aku beli online haritu tak sampai lagi, ok! aku tipu ngee... 10 gambar di sekitar MAFC, layan kan sajoh...

majlis diadakan di area parking lot, sebelum turun posing dulu dalam opis.. sandarkan pada dinding bilik metting.. kacak tak aku? kacak tak? cakap la kacak.. aku bagi gelang mutiara nanti.. kot kot ada lagi tercicir dalam beg yang hari tu..hahaha..


all black, hitam itu keunggulan.. unggul kah?! ah! nampak good good jak aku ni pakai songkok, rupa macam pegawai istana pun ada jugak hahaha...
beginilah suasana masyarakat setempat sementara menunggu CEO turun, lupa sekejap pasal kerja, tapi ada je yang tekan tekan black berry aku tengok, mungkin reply email latu.. ka main facebook?! hahaha.. ada jugak buat muka tak sabar nak makan, tau tau je la staff MAFC ni hampir sembilan puluh peratus kuat makan hahaha..

rasa macam kurang je gambar ni, ada lagi dua orang yang tak datang.. walaubagaimanapun bergambar tetap bersemangat.. 

bersama dengan Dr. Fuziaton, ini je la yang tinggal dalam quality department, sorang lagi tak datang sebab ada hal.. umi yang bediri kat belakang hani buat muka syok sendiri tu pulak daripada department technical service.. 

acara main korek korek hidong.. "aku korek ko punya, ko korek aku punya".. eik!! jadah apa aku cakap ni hahahaha...

gambar ni macam best.. ciky!.. wah kelas kau yus.. habis ko bahan makcik hana tajima petang tu.. sib baik dia sporting kah kah kah...

sedang sebok bergambar.. tetiba ada orang kuarkan bunga api.. yaii lama gila tak main menatang ni, even ada yang dah masuk angin, sekali layan teringat zaman kanak kanak rebina..  

bergambar sampai kat kawasan receptionist ya.. harap maklum!!  

style jugak gambar ni.. freshness, quality and nutritious..yaaa itu dia product MAFC jenama Lushious sila lawati laman web www.mafc.com.my/lushious/... iklan iklan jap...

Apa apa pun terima kasih kepada organizer majlis dan jugak tahniah kepada MAFC kerana telah menunjukkan prestasi yang baik sejak beberpa bulan ni, seperti yang dikhabarkan oleh CEO..katanya.. semoga Khazanah Nasional terus memberi kepercayaan kepada kita.. fuhh fuhh kipas kipas..

Wednesday, September 28, 2011

Tempat Nak Post, Share, Ping Entry Yang Paling Best

Aku sebenarnya suka berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni dengan blogger lain, apa sangat la kalau nak dibandingkan dengan senarai blogger "Mereka Yang Hebak!!" kat sidebar tu kan.. mereka dah boleh berlari lambai lambai tangan menunjukkan diorang tu memang hebak.. sedangkan kita ni baru nak merangkak..

Siapa yang tak nak blog dia dikungjungi oleh orang ramai.. ada tak? tak de kan.. aku suka kalau blog aku yang buruk ni dikunjungi oleh tetamu tak diundang, lagi ramai lagi aku suka, tambah tambah lagi kalau letak komen.. kalau korang klik iklan lagi la aku suka..hahahaha jujur.. kecik tapak tangan, padang bola tu aku tadahkan..

gambar daripada blog: http://www.majalahniaga.com/

Macam mana nak didatangi oleh ramai pengunjung, ada banyak cara.. antaranya yang paling penting ialah entry kita tu mestila best, berinformasi, ayat best di baca, kelakar, kemas dan menarik.. pakej tambahan kalau korang cantek, bergaya, kacak, cool dan gay hahahaha... lagila kalau korang tu best friend kepada artis atau blogger taraf retis dan selalu letak gambar bersama dengan diorang.. ha barula ramai orang yang datang.. tak payah nak blog jogging, tak payah nak sebok follow orang.. " I followed, PLEASE follow me back"..apakah?! hahaha...

Memandangkan aku ni jenis yang so so, entry pun tak best, berinformasi kadang kadang je, ayat tunggang langgang diantara bahasa sabah semenanjung, pun tak kelakar, kurang kemas.. hensem lagi la tak.. nak kawan dengan blogger famous amos? jauh panggang hahaha.. macam mana nak dapat ramai pengunjung.. terpaksa la usaha lebih kalau nak.. tu pun kalau rajin, sebok beb, kerja lagi huhuhu..

Abistu kalau tak gigih blog walking, maksudnya tak ramai la yang datang?.. tak jugak, sebab tu la kita kena pingkan entry kita.. ada banyak tempat nak ping, korang boleh pilih mana korang nak.. tapi aku nak bagi tahu, banyak banyak tempat nak ping/ post entry/ share entry Apesal.com adalah tempat yang paling best.. korang tengok je la gambar kat bawah tu.. dengan syarat, entry best, hot topik, display picture menarik dan tak suka cari pasal keh keh keh.. sama jugak kalau korang nak ping kat mana mana tempat.. korang kena bermain dengan words, SEO dan tajuk/ ayat dalam entry tak sengau.. barula senang labah labah belang daripada search engine macam google tu merayap rayap kat blog kita..
Lebih kurang macam tu la..

tahu tak entry apa yang mencanak kat atas tu.. klik ni http://www.apesal.com/out/19736/2360/

ps: dan tahu tak korang.. ada ramai blogger yang menyampah tengok orang print screen analisis blog dia daripada nuffnang.. adakukesah!!

Tuesday, September 27, 2011

Reaksi Pengguna Terhadap Aplikasi Baru Facebook

Nampaknya selepas seminggu beberapa aplikasi baru yang diperkenalkan oleh facebook ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.. issue paling banyak diperkatakan ialah tentang privacy penggunaan seperti tidak lagi diutamakan oleh facebook..

Dengan memperkenalkan fungsi ticker rakan kita boleh mengikuti segala aktiviti kita secara real-time walaupun kita memberi komen/tag pada status atau gambar yang bukan rakan kepada rakan kita.. begitu juga fungsi subscribe yang mana memberi peluang kepada rakan kita tidak terlepas melihat segala kemaskini yang kita telah lakukan.. pendek kata facebook tidak ingin rakan kita tertinggal daripada mengikuti perkembangan kita..

Facebook kini memberi tumpuan kepada perkongsian media dan garis masa.. perubahan demi perubahan dilakukan oleh facebook dilihat sebagai satu cara untuk menjaga hati pengguna ekoran saingan daripada laman sosial yang lain seperti twitter dan google+...


Namun demikian ia mengundang banyak reaksi negatif daripada pengguna.. contoh komen di bawah ini mendapat rate yang tinggi dalam laman web BBC News... 

(In recent weeks Facebook have been the best possible advert for Google+. First they change the chat system so it's not as easy to see which friends are online, then then changed the photo system so it's slower to load and doesn't work too well on a mobile, and now they've changed the main page so I have to click to see the latest posts, why on earth would I not want to see them when I log in?) comment from BBC News  

(With the recent changes and no warnings, I have left Facebook and now that a few people I know are on G+ I think I'll be staying on that from now on. It's actually quite nice having a nice peaceful social network where you feel in control of things. Facebook, for me, has massively shot itself in the feet of late.) comment from BBC News

So, dengan perkembangan terbaru facebook ini adakah anda merasakan privasi anda selamat? jika anda berkata "tidak", mungkin anda perlu menutup account facebook anda sekarang.. dan duduk diam diam depan tibi goyang goyang kaki...hehehe.. 

"Stop complaining about hiding features and privacy.Facebook is a SOCIAL media site, you cant be social and hide the things about your self that make you who you are."

Ps: Ia ibarat ko lapar mase lunch tapi malas nk turun..pastu bila jarum jam terletak pada no.3, ko bising nk mkn..memang nk makan penyepak..hik3

Monday, September 26, 2011

Siapa Si Pemikir Daerah

Pemikiran kedaerahan (provincial thinking person-PTP) bagi aku tidak perlu wujud di dunia.. tak de yang istimewa si pemikir daerah.. dia hanya mempunyai pemikiran yang sangat sempit, menyakitkan hati, menjengkelkan dan sentiada merasakan diri dia tu hebat sangat.. perasan bagus..

Ciri ciri si pemikir daerah
Merasakan diri dia tu sangat penting dimata orang lain..
Kuat perasan.. selalu perasan bagus rasa diri dia hebat berbanding orang lain..
Selalu bermuka muka.. putar alam, cakap sana lain cakap sini lain..macam ular..
Bila dipuji tambah mintak puji.. riak makin eksen kalau mendapat pujian even sedikit pun..
Gila glam.. kepoh suka mencipta kontroversi semata mata ingin popular macam superstar..
Suka mencari perhatian orang lain..
Dan jugak gipang...

Siapa si pemikir daerah
Dia ni boleh berada di mana mana sahaja, bekeliaran di muka bumi mencari popularity, dia mungkin berada di tempat kerja, kolej, di kampung, atau di mana mana sahaja.. mungkin jugak dia berada di dalam kelompok korang tapi korang je yang tak perasan dengan dia ni.. kalau korang rasa ciri ciri pemikiran daerah yang aku sebut kat atas tu ada dengan dia.. ha!! dia tula si pemikir daerah.. kalau dah kenal pasti korang cepat cepat cop kat atas dahi dia "Si Pemikir Daerah hambek kau!!".. hahaha.. baru dia tahu.. tapi sebenarnya kebanyakan si pemikir daerah ni adalah orang yang lebih senior atau orang yang lebih dewasa daripada kita.. so hati hati.. jangan terperangkap dengan tong taik kosong diorang...

Elakkan diri dari perangkap si pemikir daerah
Daripada korang dok asyik layan kata kata fitnah dan tohmahan dia terhadap orang lain, masuk bakul, suka puji diri sendiri baik korang tinggalkan je dia.. toksah layan.. buat hal lain dan sebokkan diri dengan benda benda yang lebih berfaedah.. kalau tak boleh nak elak, anggap je bunyi berok kalau dia tengah bercakap.. masuk kiri keluar kanan dan adalah lebih baik korang fokus kepada benda benda lain berbanding korang membuang masa layan orang macam ni..


ps: ini bukan entry sentap.. ^^

Saturday, September 24, 2011

Operasi Menyelamat Kucing yang Terperangkap

Ini adalah entry bergambar..
Pada suatu suatu petang yang indah terdapat seorang sahabat berjalan kaki bertujuan untuk mengambil angin di salah sebuah kawasan di Subang.. tiba tiba... jeng jeng jeng...

dia terdengar bunyi anak kucing yang kuat seakan akan meminta pertolongan (tolong tolong!!) datang daripada sebuah kereta berhampiran yang diletakkan di tepi jalan.. beliau mendapati kucing tersebut terperangkap di dalam engine kereta dan beliau cuba menyelamatkannya, kasihan kat kucing tu huk huk.. ekoran kesukaran yang dihadapi, beliau terus menghubungi pihak Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam..

pihak Jabatan Pertahana Awam cuba sedaya upaya menyelamatkan anak kucing itu tanpa mengapa apakan kereta tersebut.. korek punya korek jolok punya jolok tapi tak dapat gak nak selamatkan.. kejadian turut disaksikan oleh orang ramai yang berada disekitar kawasan tersebut..

namun dengan kepakaran yang kurang sedikit berbanding pihak bomba, mereka masih gagal untuk menyelamatkan anak kucing itu sehinggalah kehadiran pegawai bomba yang lengkap dengan kereta pemadam api mereka.. "tabek gua sama lu orang!!"

tanpa disedari oleh pemilik kereta yang pegi minum kat kedai mamak tengok game MU lawan Chelsea mengkali, pegawai bomba mengorek kereta cuba untuk melihat bahagian atas engine kereta tersebut.. "kot kot kucing tu ada kat situ"..katanya..

sementara anggota yang lain menyelongkar bahagian dalam kereta.. hebakla bomba ni, demi seekor anak kuceeen.. pemilik kereta masih tidak muncul kerana mungkin masih meraihkan kejayaan MU pada masa itu..

akhirnya dengan usaha bertungkus lumus oleh mereka semua anak kucing hitam yang terperangkap berjaya dikeluarkan daripada engine kereta tersebut.. oyeh!!

orang ramai yang menyaksikan operasi menyelamatkan anak kucing yang terperangkap itu memberikan tepukan gemuruh kepada pasukan Bomba dan JPA yang berjaya menyelamatkan anak kucing tersebut..

atas perasaan simpati terhadap kucing tadi yang tidak memiliki rumah/ tuan.. saudara yang menghubungi pasukan penyelamat yang pakai baju color hitam dalam gambar kat atas tu.. tuuu kat atas.. dia mengambil anak kucing tersebut sebegai kucing angkat.. kini beliau memiliki berpuluh kucing yang dahulunya homeless untuk diberi perlindungan..

"Saya mengalungkan jutaan penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam (Kelang), Bomba Subang Jaya dan IPD Subang Jaya kerana memberi bantuan kepada saya utk mengeluarkan kucing yang tersepit dan terperangkap didalam kenderaan. Dgn kepakaran sendiri, saya gagal menyelamatkan kucing itu kerana tuan punya kereta tidak muncul2." Shrul Nizam (saudara berbaju itang).. 

.....tamat....
jalan cerita sedikit diolah oleh penulis (abu)

Kepada sahabat blogger anda dijemput tuk join site Persatuan Perlindung Kucing  Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL).. semoga dengan ini kita dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perlunya perlindungan terhadap nasib kucing makhluk kesayangan Nabi Muhammad swt. yang terbiar serta tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.. 

ps: sila jangan menganiaya kucing.. jika anda menghadapi situasi seperti di atas anda boleh menghubungi pihak Bomba dan jugak JPA untuk membantu anda.. demi untuk menyelamatkan NYAWA KUCING..^^

Thursday, September 22, 2011

Dapat Hadiah Vespa Dan Guitar Daripada Blogger Ira

Yeah!! aku dapat hadiah vespa dan guitar daripada Ira.. keychain yang cool.. tak sangka dapat benda ni sebenarnya.. dulu selalu singgah blog Ira dan drop komen kat sana.. ada satu entry tu dia cakap dia nak Giveaway keychain yang comel.. dengan selamba aku letakkan komen "aku nak!!" hahahahaha.. tak lama selepas tu dia email mintak address.. so aku bagi lah.. ini kejadian bulan July ari tu..

Tak sangka dapat Giveaway tu petang semalam, dah lama sangat.. kot kot abang posmen tu tak jumpa address yang dituju hahaha.. btw, ni first time dapat hadiah daripada blogger.. pernah sekali menang contest, tapi hadiah tak sampai.. segan nak tanya, so hadiah tak dapat la..hehehe

ni la keychain vespa + guitar hadiah daripada Ira.. awesome kan.. dia buat sendiri ko tau!! kretip sungguh.. tak tefikir benda macam ni boleh buat sendiri, tak silap aku ira menerima tempahan sapa sapa yang nak order keychain macam ni.. serious nice..

Nampaknya Ira sangat bertuah, semalam masa kemas kemas bag galas yang aku pakai daripada sabah hari tu aku terjumpa satu gelang mutiara yang aku beli kat sabah.. ingat aku dah bagi semua dengan budak budak kat office.. rupanya ada balance satu lagi tertinggal dalam bag.. kebetulan jugak hujung surat Ira tu dia cakap dia nak ole ole daripada sabah, sebab dia tahu aku nak balik beraya hari tu.. sebagai tanda penghargaan aku nak giveawaykan gelang ni kat dia.. harpa dia sudi terima..

gelang yang bakal menjadi milik Ira.. sori gambar tak memberangsangkan tapi kalau gelang ni pakai kat tangan orang lain akan terangsang hahahaha..

Kepada Ira jangan lupa email kat abu address, nak send gelang tangan tu.. tahu Ira tengah busy study semester baru bukak ni kan.. bagi la mana mana address yang sure sampai ok..
Btw, terima kasih kepada sahabat blogger lain yang ada send email kat abu.. abu dah reply.. mari kita sama sama berkongsi ilmu yang tak seberapa ni.. thank you...

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday: Baby Lipan

Teringin nak jadikan Baby Lipan sebagai Pet

Nak Dapat Duit Cepat Daripada Nuffnang? Begini Caranya..

Yaaa acah je tu hahahaha.. tak!! ni betul.. macam ni, kalau korang nak dapat BE cepat daripada nuffnang mungkin ada  dua perkara yang korang perlu buat...

Update seuatau dalam acc korang kat nuffnang.
Updatela sesuatu kat acc korang dalam web nuffnang tu, tukar hobi ka, letak koma ka.. edit edit sikit ka.. kalau boleh buat dengan serius.. sebab maklumat yang korang bagi kat nuffnang tu penting untuk diorang tahu kempen apa yang paling sesuai diorang nak letak dalam blog korang..

Hantar tiket kat diorang
Tiket maksudnya soalan atau apa apa yang berkaitan.. tanyala apa apa yang korang nak tahu, atau apa apa problem yang korang ada pasal nuff.. kalau jari celupar sikit, tanya la bila BE korang nak masuk.. for sure diorang jawab tiket tu dengan baik.. diorang ni semua mesra pelanggan punya.. aku dah pernah hantar tiket beberapa kali.. tapi takde la pulak sampai nak tanya bila BE aku nak masuk..hahahahaha

Sebab BE sebenarnya ada tapi diorang hold dahulu.. aku tak tahu, tapi ini mungkin adalah polisi diorang ataupun saja saja nak menggatal tak nak bagi BE cepat cepat hahahaha.. gila nuffnang marah kat aku kalau diorang baca ni.. lagipun budak budak tak elok pegang duit banyak banyak ko tau!!..

Especially kalau korang perasan lama dah korang tak dapat BE.. contoh macam aku (yaaa..itu point sebenar entry ni haha..), since last two weeks BE aku tak berubah.. pastu aku tanya pasal jika ada apa apa yeng perlu aku ubah kat nuff sebab aku dah tukar domain..pop!! BE 5hengit diorang masukkan.. ada latu kan.. thanks to nuffnang.. sapa nak bagi rm5 gitu gitu je kan.. so, mari bertindak sekarang!!

ps: tujuan aku berblog bukannya nak duit!!.. padahal iklan terbang sana sini ^^

fofularnya hana takjima ni, even dah beberapa hari kena post tapi dia masi mendahului entry lain tuk hari ini sahaja.. jom join apesal.com..

Tuesday, September 20, 2011

Tips Cara Nak Kecilkan Pipi

Soalan daripada SuteraKasihYann.. cara nak kuruskan pipi yang tembam.. emmm sebenarnya selain kawan aku yang suka tanya pasal berat badan dia kat opis tu, ada lagi sorang kawan aku problem dengan pipi dia yang tembam macam water melon.. tak de la problem mana pun cuma dia je masalah kalau nak begambar, kepala mesti disengtkan sedikit.. sebab apa? sebab dia tak nak pipi dia nampak besar dalam gambar.. tengok entry aku yang ini.. bomoh siam hehehe..

Kitorang dah tanya apa effort yang pernah dia buat tuk kecilkan pipi dia.. dia pernah mengunakan product cap ayam xxx, gosok dengan kunyit hidup bercampur asam keping dan jugak melumurkan muntah badang barangkali.. tapi keputusannya adalah negatif, tak nampak kesan apa hahahaha.. sekarang ni kitaorang dah nasihatkan supaya menerima pipi dia yang tembam tu seadanya.. hahahaha.. dan dia pun mengucapkan kata syukur.. alhamdulillah..

So, kesimpulanya tak de tips tuk kecilkan atau kempiskan pipi yang tembam disini.. aku dah search da.. yang aku jumpa banyak tentang nak kecilkan paha, betis dan liang liang roma.. oh perut pun ada gak.. ataukah aku yang kurang gigih nak cari.. korang searchla sendiri kalau rajin sangat ok..

Atau yang perempuan mungkin korang cuma perlu bermain dangan warna pada wajah korang, makeup makeup.. ton ton color yang betul supaya pipi korang nampak kecil sedikit.. macam mana nak buat? jangan tanya aku.. aku tak tahu serius aku tak tahu..

Sebelum aku berundur, aku nak bagi tips tuk mencerahkan ketiak pulak.. aku tahu, ketiak korang mesti hitam kan kan kan...hahahahaha.. tu la pakai lagi deadoran macam macam.. tengok ketiak aku ni putih, setia dengan Nivea hahaha..

Ni dia, ambek bua sengkuang, korang parut pastu korang buat masker pada ketiak korang.. seelok eloknya buat masker ketiak ini dua kali seminggu dan lakukannya pada malam hari, 10 minit dalam satu sesi.. oh ya sepertibiasa jangan lupa selawat ya.. supaya lebih afdal..

Monday, September 19, 2011

Tips Kelihatan Awet Muda

Wah dah lama gila aku tak bagi tips kan!? perasan tak? ah! bajet ramai stalker je aku hahaha.. btw, hari ni aku nak bagi tips.. please take note, tips ini sangat penting ok..

Pada kebiasaanya jika kita bertemu dengan orang yang baru kita kenali, bertanya tentang usia adalah sesuatu yang normal kat Malaysia ni, perasan aku pernah gi oversea haha.. serius itu normal kan.. so hari ni aku nak bagi lima tips untuk kita awet muda.. dan boleh membuatkan orang salah menilai range angka umur anda yang sebenar.. sama yang macam aku alami la..oh!! please perasan again...


Makan makanan bernutrisi 
Apa makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi.. 

Minum air mencukupi 
Jangan biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air.. 

Elakkan sinaran matahari berlebihan
Satu yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik.. 

Lakukan perkara yang korang gemari 
Ikhlaskan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu... 

Berfikiran positif
Korang perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..

Bagus kan tips kat atas tu.. tak paya beli products yang mahal mahal.. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya.. ok good luck...

Sunday, September 18, 2011

Kini Aku Dengan Domain Sendiri Ashgive.com

Jika korang perasan aku telahpun bertukar kepada domain sendiri..oyehh!! kaya sudah mengkali dengan duit nuffnang haha.. Bunyi Kotak Kosong BKK pun dah tinggal kenangan.. tukar pegi ashgive.com, barula bunyi macam amarika sikit keh keh..

Tula pasal kalau duduk depan komputer lama sangat.. tak tahu apa nak buat, tekan tekan terbeli pulak domain, bengong haha.. tak plan pun sebenarnya nak beli masa terdekat ni, ingat nak tunggu dulu, tengok la cam mana.. tup tap tup tap eik! petang tadi aku termasuk pulak dalam web NetKL, tekan online chat dan aku dilayan degngan baiknya oleh Cik Liza.. tu yang terbeli tu..
Chat dengan Cik Liza (ye ke Cik?..yeye je aku) tanya semua benda yang aku nak tahu pasal domain ni, tabah jugak dia melayan aku even solan aku tu macam bodoh hahaha.. dia bagi guideline A-Z macam mana nak beli.. aku just follow je..

Hujung hujung dia keluarkan Invoice sebelim aku buat pembayaran melalui CIMBCLIKS..

Murah je, boleh dimiliki oleh semua orang.. RM 31.60 setahun.. setahun ya diulang taip setahun, bayaran RM 3.00 hengit dikenakan sekali sahaja sebagai charge tuk diorang tukarkan domain tu, kita just tunggu, kejap je diorang buat.. total RM34.60..
Kenapa nak beli domain?.. oh, aku pun tak tahu kenapa hahahaha.. aku tak fikir panjang pun sebenarnya, tapi apa yang aku tahu domain sendiri ni bagus.. nak aku hurai jugak ke? cuba korang search, belambak blog yang bagi reasons bestnya memiliki domain sediri.. antaranya cuba korang klik ni hatibatu.com dan kat sini budakbotak.com

Bagi aku pulak, aku suka sebab ia nampak lagi cool dan bergaya hahaha.. ya la aku ni.. dengan domain baru ni tak de apa yang berubah, aku blogging seperti biasa, feel domain ni tak dapat lagi.. gitu gitu je.. kegigihan tak bertambah pun.. biasa je.. tapi sedih googel tak detect lagi, kalau Bunyi Kotak Kosong pulak dia detect dengan jayanya..

Setakat ni aku tak terfikir lagi nak beli hosting baru.. tak silap aku hosting ni lagi mahal daripada domain.. biarla kekal dengan hosting blogspot ni..

Dulu aku tak tau jadah apa tu hosting dan domain dan aku tak tahu nak bezakan dua menatang ni.. nak share kepada mungkin yang tak tahu lagi.. sebenarnya website ni umpama seperti umang umang, blog dengan domain dia ni adalah binatang umang umang dan cengkerang dia adalah umpama seperti Hosting tempat dia menapak.. dia boleh tukar tukar cengkerang kan.. so sama la macam domain ni. eh! apa aku cakap ni?  betul ke? korang fikir la sendiri hahaha..

Sebelum tu mungkin ada yang tertanya tanya, kenapa pilih nama ashgive.com? cuban tengok dalam invoice kat atas tu.. sebenarnya ash give adalah nama aku, cuma aku amarikakan dia supaya bunyi dia lagi sedap.. abu bagi.. yeahh!!

Saturday, September 17, 2011

Gandakan Trafik Dengan Apesal.Com

Ada lagi ke orang yang tak join Apesal.com?.. aku tengok ramai dah yang join, good good.. untuk ordinary blogger macam aku ni yang kadang kadang nak jugak rasa trafik yang up up siket boleh la join Apesal.com.. mudah sahaja sign-up dan post entry korang kat apesal.. dengan syarat korang kena tepek widget apesal kat blog korang jugak.. perkongsian entry diantara semua user..


Kat atas tu adalah graf menunjukkan klik yang aku terima melalui Apesal.com sahaja.. memang la tak banyak kan tapi cukupla tuk blog cikai cikai macam aku ni.. terasa la jugak tak syok sendiri berblog kan hahahaha..

Dulu aku tak tahu jadah apa pasal Apesal.com, masa mula mula join, aku malas nak post entry kat situ, leceh la, malas nak isi tempat kosong.. tapi sebanarnya ia sangat mudah, tak de lulus atau gagal, isi je dan korang akan rasai kenikmatanya..


Contoh macam kat atas tu, dalam kolum URL tu sumbat url entry korang, pastu tekan Fetch Data then tajuk dia akan kuar dalam colum title.. dalam kolum discription disebabkan malas, aku kopi je ayat pertama dalam entry aku tu then pest kat situ.. tag post korang tu ikut politik ka, informasi ka apa apala pastu categorikan dia... pastu masukkan url gambar yang korang nak dia kuar sebagai cover kat Apesal.com, crop and then submit entry korang.. dah siap...

Mudah je kan, cam makan kacang..hahaha.. bawah ni adalah dua contoh post yang telah di publish oleh Apesal.com dengan hits yang boleh la.. daripada tak de kan.. cukup cukup makan, seperti biasa orang melayu hahaha..

So dengan sedikit effort anda boleh tambah trafik korang.. kalau gambar menarik dan entry dengan tajuk dia yang gempak korang mungkin akan mendapat lebih banyak klik daripada user.. lagi banyak entry yang korang post kat apesal, lagi tinggi peluang korang untuk menerima trafik daripada diorang..

Oh satu lagi, klik kat sini dan follow blog apesal info... diorang akan update apa apa berkenaan dengan Apesal.com dan tips tips berblogging serta cara untuk meningkatkan trafik bersama dengan apesal... yeahh!!

Friday, September 16, 2011

Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima

Mungkin ramai dah kenal siapa dia Hana Tajima, dengan jenama Maysaa pakaian muslimah lengkap bersama jilbab/ tudung dia.. icon fashion wanita muda Muslim masakini.. kalau korang tengok perempuan bertudung yang main lilit atau sekan akan main 'just put on your head', mungkin itu adalah pengaruh fashion daripada Hana Tajima.. tapi dia sebenarnya tak de la main letak macam tu je, contoh macam kat bawah ni..

 Hana Tajima
Bukan Hana Tajima
Klik gambar untuk lebih jelas, sumber: khazanstudio.blogspot.com

Ada jugak bloggerwanis aku tengok yang memakai tudung lebih kurang gaya macam ni, contoh yang paling jelas blogger famous amous macam Maria Elena, Fatin Liyana dan Cik Epal.. artis pulak macam si Yuna tu..

Aku tak de la open minded sangat, tapi aku melihat benda ni adalah suatu yang positive.. susah aku nak jelaskan, tapi jujur aku cakap aku suka wanita Muslim yang bergaya tapi kekal dengan image muslimahnya, sederhana dan bersopan santun.. yaaa.. nampak sangat aku ni play safe kan hahahaha.. sebab perihal tudung ni adalah antara isu yang sensitip dalam dunia blog Malaysia..


Siapa Hana Tajima? ini dia 100% copy cat daripada blog dia http://www.hanatajimasimpson.com/:

My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment.

I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education. 

I didn't want to lose my love of designing, so I left the fashion course I was on. It's less of a contradiction than it sounds!



More info klik link kat bawah ni, artikel berbahasa Indonesia.. detail pasal dia yang pada asalnya beragama kristian kemudian converted kepada islam semasa belajar bersama dengan kengakwan dia kat London setelah mengagumi cara hidup islam..

Dia yang ingin menunjukan kepada masyarakat barat bahawa wanita Muslim juga boleh tampil bergaya dan moden dengan busana serta bertudung di hadapan umum tanpa perlu takut denagan cemuhan masyarakat barat (islamfobia) selepas apa yang berlaku pada 11 September...
Klik: Hana Tajima Simpson, Blasteran Jepang-Inggris, Mengagumi Kandungan Alquran

Hana Tajima Simpson

Thursday, September 15, 2011

Perutusan Khas Sambutan Hari Malaysia

Terbaca dalam FaceBook, PM bakal mengumumkan beberapa perkara penting dalam perutusan khas sambutan Hari Malaysia nanti.. waahhhh apa la tu konon.. macam gempak je.. cukai kah, subsidi kah, gaji kerajaan lagi kah.. apa kah.. terujanya aku!!

En PM, ko buat la yang terbaik tuk korang boleh memenangi hati rakyat ni.. aku kalau boleh biar kerajaan buat jambatan menghubungkan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.. baru la satu Malaysia.. sapa tau kan, logik tak logik, cipta rekod dunia.. apa je yang Malaysia tak boleh buat.. Malaysia Boleh!! ye dak..


Tak yah besar sangat la.. kalau boleh wujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kat Sabah dan Sarawak tu.. rangsang ekonomi kat sana, pastu tak yah la kitaorang datang sini ramai ramai cari kerja.. kasihan kat mak bapak kitaorang kat sana.. sedih anak dia jauh jauh merantau pegi cari duit lebih kat semenanjung ni.. ini baru cakap yang pegi sini cari duit.. tak cakap lagi yang jobless atau kerja gaji tak setimpal yang ada kat sana tu.. see harap harap kerajaan pusat dapat melihat situasi sebenar apa yang berlaku.. ingat, tak lama lagi mengundi!!

Apa apa pun selamat menyambut Hari Malaysia, mari kita bersatu padu.. tak nak gado gado, hidup aman damai.. jangan rompak kedai mamak, tak nak main main acid, tak nak bunuh bunuh, rusuh rusuh bagai.. duduk diam diam depan tibi goyang goyang kaki..hahahaha

Ura ura mengatakan mungkin pilihanraya akan diadakan hujung tahun ni, ya ka?! pesanan tuk PM.. tolong letak calon korang yang terbaik kat Zon Silam.. aku nak ngundi ni.. kalau calon macam apa, tak bersemangat, haprak, hangat hangat taik babi buang masa je nak undi.. baik undi calon lain yang lagi best.. zazzzzzz....

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday: QHSSE


Dari Kiri: En. Faathir, En. Abu, Dr. Fuzi, Cik. Umi, Cik. Hani, En. Rasyidi, Cik. Alia, Cik. Kido and En. Hafiz.

Tuesday, September 13, 2011

Berhari Raya dan Bakar Ikan Jaket di Banting

Ini adalah entry bergambar,  saja aku nak menunjuk nunjuk kat korang gambar kitaorang masa Berhari Raya + Pot Luck di rumah rakan sekerja Cik Umi kat Banting Selangor Ahad baru baru ni... Aktivity utama ialah bakar hidupan laut dan ayam daging di bawah pokok mempelam.. dengan rahmat tuhan cuaca pada hari tu sangatlah baik dan aktiviti berjalan lancar.. layankan sajoh gambar kat bawah ni, seperti biasa ia ditangkap menggunakan pukat tunda.. peruntukan nak beli DSLR tak dapat lagi daripada kerajaan pusat..

 Biarlah di awal gambar ini aku nak bagi tahu korang bahawa akulah yang nyalakan api pada hari tu..haha (sebenarnya aku tak buat apa pun saja usha usah arang tu supaya nampak sikit aku adalah orang yang berguna keh keh)

 Yaaaa Cik Mazu posing maut gitew.. dibawah pokok mempelam, kelas kau Mazu..hehehe celah kangkang aku dah panas tapi aku gigih je sebab nak begambar..yaiii!..

Rezeki untuk di lahap.. yang baju merah tu En Fadir gagah dengan hasil tangkapan dari pasar, baju kotak kotak tu En Faathir tukang bakar..dan aku yaaaaa...tukang makan hahahaha

 
Cik Umi tenga memotong pelam yang baru sahaja dipetik di tepi rumahnya.. banyak seh bua dia, mak ayah Umi soh bawak balik banyak banyak.. yang dua orang ni pulak seperti biasa poto gedik..hahaha

 Ini la dia bomoh siam yang baru sampai daripada Selatan Thailand.. dia sangat aktif dilembah klang, sesiapa yang tak nak gemuk boleh rujuk kepada bomoh ni.. dia boleh cari pendamping tuk korang, even kuat makan tapi badan tak gemuk.. mau!!

 Tengoktu gigihnya En Sharul nyalakan api sambil ditertawakan oleh En Zul sebab dia diselubungi asap tebal.. ambek kau sapa suruh suka kencing di jalan!! ye ke macam tu hahahha.. 

 Terbaik dari ladang.. muka exotic sambil makan pelam dan membuat gerakan erotic.. yang paling kuat makan tuuu..tuuu dia tudung merah..keh keh..mara Mazu kat akau nanti.. larikkk!!!..

 En Hafiz dan En Faathir membakar hidupan laut sambil yang lain bergelak ketawa.. astaga.. ini kerja korang.. curi tulang tapi kuat makan..

 Indahnya suasana di hari raya.. bergambar beramai ramai selepas memakan beberapa bijik pisang Abu.. sebelas orang sebenarnya tapi kido dan adek dia lewat sampai..

Tengokla.. sampai malam tak ingat nak balik.. gila dorang ni depan kamera.. fotoholic (ada er perkataan fotoholic..memandai) tak menahan even dah gelap yang penting posing..

Saja tak nak upload gambar time makan.. kang kantoi ada ikan yang hangus rupa paras macam arang.. lagipun tak nak tunjuk gambar orang yang kuat makan..keh keh keh.. aktiviti berakhir kul 8.30 malam setelah di desak baru nak gerak.. maunya tidur kat rumah Umi..hahaha..

Oh sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kepada tuan rumah Cik Umi, Emak dan Ayah dia kerana sudi menerima kehadiran kitaorang yang perangai pelik pelik ni, dan menjadikan rumah kalian sebagai port luck untuk main bakar bakar ayam udang dan ikan jaket..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!