Saturday, August 27, 2011

Official Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripadaku


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan rakan blogger dan facebook semua.. Maaf Zahir dan Batin.. batin? adakah? hahaha..

Rakan rakan blogger yang sudi bersahabat dengan aku yang tak seberapa ni.. dah la tak best, tak fofular pulak tu..hahaha.. dulu mula mula berblog ingatkan tak de orang nak kawan atau nak baca entry aku, ya la dah la entry ntah apape kan.. walaupun follower tak ramai mana, tapi aku ada ramai sahabat sahabat blogger yang baik.. makin lama aku kenal korang makin aku sedar traffic yang tinggi taraf retis bukanlah menjadi keutamaan bagi aku.. korang semua memang awesome.. sepenjang aku menysuan kata kata di ruangan komen, shoutbox, entry atau di fb, mungkin ada diantaranya yang telah menguris hati korang, ya la aku ni kadang kadang main lepas jak kan.. so di kejahuan ini dipisahkan oleh laut cina selatan ataupun tidak, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada korang..

Rakan rakan facebook yang hampir 80% daripadanya adalah orang yang pernah aku temui face to face dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup aku, juga aku ingin memohon maaf zahir dan batin.. korang mesti dah tahu perangai aku macam mana kan.. so, maafkan la ya, raya kita kosong kosong ok hehehe.. dan korang semua memang superb superb belaka..

ps: internet kat LD ni tak kuat, payah gile nak terjah blog korang.. connect putus, connect putus, connect putus, putus con**.. sigh!!

Ucapan Salam Perantau

Daripada kiri Awie, Matnor, Acok, Abu dan Udin

Salam Aidilfitri buat keluarga yang berada di Lahad Datu, Tawau dan jugak di Kinabatangan Sabah.. serta buat sanak saudara ahli keluarga yang berada di seluruh Malaysia.. terima kasih jugak kepada pensyarah UiTM S. Alam dan guru guru SMK Agaseh Lahad Datu.. selamat hari raya maaf zahir batin ikhlas daripada kami pelajar University of Nottingham, United Kingdom.
 ps: bapak best berangan hahaha...

Thursday, August 25, 2011

Jom Balik Kampung

Uh!! lamanya tak update blog.. since naik Cameron Highland hari tu, tak update means tak buat kunjungan balas jugak la.. sorry guys, busy lately.. aku tahu korang pun sama jugak kan, ya la nak buat persiapan raya.. mestila busy ya dak.. aku pulak sibuk beli itu ini dan packing barang.. berat kena bajet bajet, takut terlebih..

Hari ni adalah hari terakhir aku kat Puchong, esok 26 haribulan Insyaallah aku akan berada di kampung halaman.. hari yang amat aku tunggu tunggu.. perasaan sebagai perantau yang harus mencari rezeki membela nasib 'kita' bersama.. sungguh syahdu sekali.. nasib la aku balik kampung tahun ni.. so boleh la nyanyi ho ho ho balik kampung hati girang.. sesuai kan dengan lagu allahyarham Sudirman?.. hehehe lagu pebret aku kalau dekat dekat nak raya sebagai perantau...

Last year raya aku tak balik.. tak silap, aku hanya balik Sabah pada hari raya ke 14.. memang masa tu feel raya dah habis.. aku balik just untuk mengubat rindu dengan family, sedih gila kan?.. aku tak tipu masa tu aku nangis dengar lagu Dari Jauh Kupohon Maaf.. arghhh!!! sedih.. sebab tu raya ni aku tekad nak balik, beli tiket awal awal, kumpul cuti banyak banyak..hehehe.. dan bulan sebelas nanti ni aku akan balik kampung sekali lagi Oyehhh!!.. tiket dah beli siap siap.. hembek kau!! hahahaha..

rindunya suasana kampung hehehe.. sebenarnya kampung aku tak de la macam ni

Minggu depan KL dah start lengang.. hujung minggu ni orang ramai dah mula balik kampung, ke utara selatan timur dan barat, dan masa raya nanti kat KLCC tahu tahu jak la, mesti ramai foreigner kan hehehehe.. tapi yang pastinya ramai yang balik ke kampung ingin berkumpul bersama keluarga meraihkan hari kemengan melawan nafsu di bulan ramadan.. bersalam salaman, bermaaf maafan antara satu sama lain.. syoknya raya.. ayat aku beterabuh...ah lantak la..keh keh keh..

Kepada sesiapa yang balik kampung tu pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan, berkunci, api air dipadamkan hidupkan mana yang patut sahaja, dan bagi tahu jiran yang tak balik kampung jika perlu.. sesiapa yang drive tu berhati hati ketika memandu, patuhi peraturan jalan raya.. saya mendoakan kita semua selamat sampai ke kampung halaman untuk bertemu ibu bapa dan keluarga tercinta.. ok..

Tuesday, August 23, 2011

Cuti Cuti Makan Angin Berjimba Jimba di Cameron Highland

Sebenarnya aku bukanlah bercuti cuti atau berjimba jimba ya.. sila maklum hehehe... ini adalah entry auto publish lagi.. balek balek auto publish sigh!!.. sori aku terpaksa buat macam tu sebab aku tak banyak masa nak menghadap lappy sekarang ni..

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang ni dalam proses pertukaran job scope yang baru, tapi itu bergantung kepada keputusan daripada bos.. kalau dia kata jadi maka jadi la, honestly aku tak teruja sangat pun dengan job baru ni.. aku dah cakap dalam entry kat sini, ada sesetengah perkara tu mungkin kita perlu pertimbangkan antara gaji dan pengalaman demi untuk masa depan yang lebih baik dan kebarangkalian kita untuk pergi lebih jauh.. fuh! bagus tak ayat aku hahahaha...

Oh ya sekarang ni adalah hari kedua aku kat Cameron Highland outstation, aku tahu memang tak sempat nak buka blog kat atas punya.. nak membalas kunjungan bagai, dan yang pastinya cuaca dingin menyelubungi badan aku yang kurus ni hahaha prasan again.. ini aku sertakan gambar aku kat Cameron Highland masa outstation beberapa bulan yang lalu sebagai pengubat rindu korang kat aku selama dua hari tak online blog..keh keh keh..

strawberry korang rindu tak? hahaha.. nah.. banyak kat CH.. orang cakap makan kat atas lagi sedap banding kalau dah bawak turun daripada CH.. btw, strawberry ni tak de la sedap sangat cuma bau dia je yang wangi..

sedang menjamah ice cream strawberry di Strawberry Park.. gua cakap sama lu.. ini memang sedap.. original punya hehehe.. spoil la tangan ni...

bersama budak budak Sirim yang tah mana dah diorang pegi mencari haluan hidup masing masing.. time ni tenga tunggu hidangan steamboat datang.. best dowh makan steamboat kat CH..

Sila imagine betapa seronoknya aku kat atas tu, makan bua sroberi segar.. membeli bela bantal stroberi dan beberapa jambak bunga ros yang wangi pelbagai jenis warna.. sila bayangkan cepat! walaupun sebenarnya aku sedang bertugas, berpanas di ladang tomato arghhh!!.. Go Abu Go (adaptasi daripada Go Diego Go)..

Monday, August 22, 2011

Random Blogs Review #3

Nampak sangat aku tak de idea nak tulis apa kan..hahahaha..
Tak pe la, aku review blog pulak hari ni.. seperti biasa random pick bloggers yang kira aku dah kenal supaya senang sikit aku nak cakap pasal diorang.. diorang ni antara blogger blogger yang cool dan hebak.. mari kita lihat sapa yang kena..

http://akudantv.blogspot.com/
Mari berkenalan dengan cikgu dill.. dia ni antara blogger yang dah lama aku kenal, ada sesetengah blogger tu lama lama dia pandai hilang kan?, tapi cikgu dill ni tidak.. sofar dia dengan aku ok jak, macam dah kenal rapat hehehe.. tapi tak rapat mana pun.. just kawan gitu gitu jak haha.. dill jangan marah ok, kita kawan kan...

http://cikbetty.blogspot.com/
Kak Rina ni best, banyak post dia pasal keidupan bekeluarga selain isu isu semasa dan post pasal makanan.. sejak akhir akhir ni kak rina dah jarang update.. busy la tu dengan anak anak dan abang terhebat dia, dah dekat raya la katakan.. terjah dan join site kak rina.. dia spoting dan kadang kadang lucu hahaha..

http://rtpfarraarisha.blogspot.com/
Yang ini pulak Mek Farra, asal Kelantan tapi sekarang menetap kat Jakarta.. dia ni superb bahasa orang puteh, bahasa indonesia dan bahasa malaysia (awas kalau lupa bahasa tanah air haha..).. kadang kadang bahasa dalam entry dia becampur campur tapi best terutamanya kalau dia ngomong dalam bahasa Indo.. walaupun masih muda, tapi penulisan entry dia cukup matang.. btw, dengar dengar dia dah kembali ke tanah air untuk bercuti.. meh join blog Farra..

http://letopkeypad.blogspot.com/
Blog Mocik yang lucu.. macam macam yang mocik share dalam blog dia, kadang kadang boleh buat aku gelak.. dia antara blogger yang selalu singgah kat blog bunyi kotak kosong ni.. dia cakap siapa ada masalah cinta yang nak di tanyakan kepada mocik ni dia akan menjawabnya.. so apa lagi terjah dan follow mocik mocik..hehehe..

http://exyanne-collection.blogspot.com/
Budak Sabah tapi sekarang ni kerja kat Semenanjung, ni pun kira dr cinta jugak.. selalu borak pasal cinta dalam blog dia selain pasal anjing dia si Riko yang suka tidur tu hahahaha.. be friend with Aki.. jagan takut, dia ni muka jak ganas tapi dalam hati ada banyak pokok bunga dan kolam ikan air tawar.. bah jagan kau mara Aki, indak ku kawan kau nanti..hahahah

http://semutsengal.blogspot.com/
Blog Semut Sengal milik Hanif, aku suka blog dia ni sebab gaya penulisan dia yang santai dan menarik.. banyak entry lawak boleh buat aku gelak.. blog dia simple dan ringan, tak banyak widget, tak de lagu, tak de jadah terbang tapi ada banyak dodol hahahaha.. mintak bah satu dodol kau Hanif.. kawan la Hanif dia pasti akan kawan korang jugak..hahaha

Random Blogs Review  Random Blogs Review #2

Saturday, August 20, 2011

Berbuka Puasa di Anggrik Kuring Bandar Putri Puchong

Petang semalam berbuka puasa Restoran Anggrik Kuring.. restoran milik cina indo muslim iaitu Ibu Fungsiwati, restoran yang bertemakan makanan Indonesia.. dan rasa masaknnya jugak bagus sekali donk hehehehe.. ia sangat berbeza dengan Restoran Ayam Penyek yang terdapat dikebenyakan tempat di lembah Klang ok, darisegi pilihan menu, masakan dan suasana di dalam restoran itu sendiri..
nampak sedap kan, dihidang menggunakan penampi kecik.. kitaorang pilih menu alakat, tak banyak ambek gambar sebab masing masing dah lapar hahaha

restoran ni dah pernah di kunjungi oleh team Jalan Jalan Cari makan la.. nowander la makanan dia sedap.. 

Kat tingkat atas, kitaorang seperti berada di Indonesan.. diiringi musik tradisional masyarakat jawa/ sunda, hiasan dan arrangement membawa kalian terbang ke sebrang..hahahaha.. feeling feeling Kesultanan Majapahit jap!!.. serius, seperti bukan berada di Malaysia ketika duduk di dalam Anggrik Kuring, macam melancong pulak.. layanan mereka yang sopan menggunakan bahasa mereka persis di dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih membuatkan kitaorang merasa sungguh selesa dan nyaman sekali..

Disebut didalam menu, makanan lebih segar dan less oil.. ya makanan sihat.. ada tempe tauhu ulam ulam bagai.. ayam dan ikan panggang sangat yam yam.. sos dia sungguh istimewa.. nasi dia pun wangi dan sedap.. kitaorang order air yang pelik pelik, saje nak try kan.. dan serius aku suka air pilihan aku, confirm  la aku tak ingat nama dia kan.. tapi dia ada macam bubble bubble yang pejal kalau masuk dalam mulut dia meletop.. rasa dia seperti asamboy atau pepsi..aku konfius tapi dia memang enak.. jus timun special dia pun emmm.. apa la aku cerita ni, macam tak puasa jak hahahaha....

korang jugak boleh shopping barangan keraf tangan dan baju batik Indo dalam restoran ni.. see, macam melancong kan..


ni pulak En Sahnon kerja engineer atau steward (dia saja tak nak bagi tahu detail) baru kenal dia ni semalam, kawan kepada En Sharul.. dan si little tiny Hani Piko, kalau bab makan mesti ada hahaha..

Dan kalau korang berbuka makanan yang korang order to lambat sampai dia akan bagi korang ice cream free.. masa berbuka jugak dia bagi bubur free yang nama dia ntah apa tapi yang pasti rasanya sedap hahahaha.. oh, kitaorang dapat discount untuk sesetengah jenis makan sebab kitaorang staff MAFC hehehe.. best tak..

ps: petang baru dapat bw, sat lagi nak gi TAR shopping final wave huhuhu.. 5 hari lagi :D

Thursday, August 18, 2011

Mari Menunaikan Ibadah Zakat Fitrah

Alhamdulillah, kita telah melalui pertengahan bulan puasa dan kini kita menuju ke penghujungnya pulak.. tanggungjawab kita masih diteruskan, bulan ramadhan yang diawalnya adalah rahmat, ditengahnya adalah pengampunan dan dipenghujungnya pula adalah pembebasan daripada api neraka, so far macam mana, full tak puasa.. yang perempuan harusla ada yang tak full kan.. hehehe..

Selain ibadah puasa di bulan ramadhan ni satu lagi tanggungjawab kita sebagai umat islam yang perlu dilaksanakan iaitu zakat fitrah.. sudahkan anda menunaikan ibadah zakat?.. keh keh.. Abu belum lagi ni.. nak tanya orang padahal diri sendiri belum kan, hehehe.. saja berpesan pesan ke arah kebaikan.. demi masa..

Kalau dulu dulu zaman paliolitik zakat mak abu yang bayarkan, abu tak perlu fikir apa.. puasa tiba tiba je mak bagi tahu zakat fitrah dah bayar, selalu macam tu la.. ya la masa tu study lagi.. tak de sumber fulus sendiri, takan nak bayar zakat dengan pinjaman PTPTN.. boleh je kan rasanya tak de masalah, tak begegar pun duit tu, tapi mak dah bayarkan biar je la..

Sekarang benda benda macam ni abu kena fikir sendiri, bayar zakat zendiri.. makan sendiri, tidur sendiri..keh keh.. dah keja kena la fikir pasal diri sendiri.. tak boleh harapkan mak lagi.. abu tahu even abu bayar kat sini tapi mak abu tetap nak bayarkan jugak kat sabah.. tak pe la..

Marilah kita menunaikan ibadah zakat fitrah.. semoga ia dapat membersihkan jiwa dan rohani kita daripada sifat sifat tercelah tercela, mungkin ibadah puasa kita tak perfect 100% dek kekhilafan kita dalam tingkah laku dan tutur kata kita.. dengan itu diharapkan ibadah zakat ini dapat menyempurnakan apa yang tak sempurah pada ibadat puasa yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini... wah wah wah.. bila abu berbicara tentang agama ^^

 gambar daripada tokobakso.com

FYI, Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011 (sumber)..
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
"Rasulullah s.a.w. menfardhukan Zakat Fitrah satu gantang kurma, atau satu gantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) sumber 

ps: tidur awal esok nak ke Kuala Pilah... awalkah?! hahahaha..
penggunakan kata nama abu pulak malam ni hehehehe...

Wednesday, August 17, 2011

Soal Jawab Balik Kampung

Nampaknya entry entry balik kampun dah mula di post.. buat aku jadi tak sabar, 10 hari lagi huhuhu.. tak nak kalah dengan entry si Adan semalam hahahahaha.. budak Sandakan tu balik 25 haribulan tak silap aku..


Menjawab pertanyaan/ kenyataan sahabat blogger dalam entry aku bertajuk Pada Aku Maksud Sebenar Terbang Tinggi Tinggi beberapa minggu yang lalu.. berikut adalah jawapan aku..
ps: klik pada gambar untuk ke blog mereka.. diorang semua cool..

Harga murah la jugak banding sekarang ni, sebenarnya tiket balik Sabah aku dah beli dua kali, sepatutnya flight bulan dua hari tu tapi yang first tu burn macam tu je sebab tak dapat cuti daripada bos.. aku tak sempat tukar(48 jam sebelum penerbangan).. flight return from Tawau sempat tukar pegi 4hb sembilan.. so, total cost kira mahal jugak la.. rugi je.. huhu

Yaa la orang Sabah bah ni.. thanks sudi nak jumpa.. btw, aku arrive at Tawau.. memang tak singgah KK.. sampai airport orang ambik, pastu sejam lagi perjalan pegi LD.. insyaallah..

Hahaha.. kuda tak de kat LD la.. kalau nak naik kuda banyak kat Kota Belud (KB), yang tu memang famous amos dengan kuda kuda dia.. aku pun sebenarnya tak pernah naik kuda lagi.. mari la datang LD, aku bawak ko pegi Hutan Simpan Lembah Danum, naik gajah.. nak? hahahaha..

Bakal menantu nak tunjuk kat mak aku tak de lagi hahaha.. oh great, aku berharap sangat ada jambatan menghubungkan pulau Borneo dengan semenanjung ni.. huhu..

Budak budak Sabah memang best hahaha.. tapi tengok jugak yang tak educated to kadang perangai pun entah apape je.. basiclly sama je dengan budak budak lain..hihihi.. ada ramai blogger Sabah kat sini, mari berkenalan semua...

Harap maklum yaa.. cuiti aku dah approve, bos dah sign..huhuhu tinggal bla je nanti, tak sabar ni tak sabar ni hahaha

Yaa.. aku bercadang nak bawak balik mutiara, nak bagi kat korang.. tapi memang tak dapat la nak bagi semua.. rasanya nak buat Give Away Ole Ole From Sabah, baru adil.. tapi tak tahu la, rasa rasanya dapat sambutan ke tak, takut jugak nak buat GA.. nanti tak de orang nak join.. kalau korang setuju sila la surakan persetujuan korang hehe..

Sudah pasti mak aku kenal anak kesayangan dia ni.. memang la dekat tujuh bulan kot aku tak balik.. aku homesick gila ni..hahaha

oh ini berat ni.. nanti mak aku tanya "Ini ke bakal menantu aku??" hahahaha, gurau..

Tuesday, August 16, 2011

Tak Nak Pasang Alexa vs. Blogger Artis Wannabe

Masa 11.25 malam..
Venue dalam bilik atas tilam goyang goyang kaki depan lapy..
Sambil menunggu kain ranum dalam mesin basuh..
Mode entry, auto publish.. sedang LLB dalam opis..

Daripada entry aku yang pasal mengajak korang pasang Alexa dan PR dalam blog tu, nampaknya ramai yang tak berminat nak pasang.. tidak kurang jugak yang tak tahu apa fungsi sebenar menatang tu.. well aku nak panggil Bro Ahmad jugak ke soh dia terangkan hahahaha..

Tak pe la, nak pasang pun boleh, tak nak pasang pun tak pe jugak, no hal.. segan la jugak dengan ranking kita yang beriban riban tu.. tapi sebagai artis wannabe aku letak jak la hahaha.. tak paya la nak malu malu, terima je la hakikat hehe.. jangan sampai down sebab tengok ranking kita tu sudah.. macam yang si Gary cakap tu..

See.. cik Epal yang taraf retis pun tak letak Alexa tau.. thanks cik epal singgah komen, merendah diri nampaknya.. cik epal tak letak pun orang tahu cik epal di mana.. ngtop gitew..auuw!! kah kah kah.. :)

Oh cakap pasal blogger taraf retis datang komen.. nampak tak tak widget 'mereka yang hebak!!' kat seblah tu.. dalam banyak banyak senarai tu aku boleh kira berapa orang jak yang pernah datang komen dalam blog aku ni.. aku rasa korang pun sama kan.. yang lain tu buat kita ni macam tak wujud even kita baca/ komen blog diorang.. korang faham tak maksud aku? faham kan.. ada pulak tu sebok cakap pasal hubungan yang baik sesama blogger tu penting bla bla bla.. tapi dia? oh lupa pulak diorangkan sebok, tak sempat nak layan semua fans fans dia..hehehe.. btw, korang tetap hebak bagi aku.. jom meriahkan dunia blog malaysia.. :D

Sunday, August 14, 2011

Mari Letak Widget Alexa dan Page Rank Dalam Blog Kita


Kita ya..bukan 'Kite'.. please be noted aku budak Sabah..hahaha..

Oyeh!! aku dah ada widget Alexa dan Page Rank.. ada kat bawah tuuuu.. tuuuu.. (sambil bibir di muncungkan).. gigih aku pasang, follow instruction daripada blog orang..

Aku dah penah try test pasang lama dah.. tapi aku tak reti, tup tap tup tap, dia tak appear dalam blog aku, aku pening pastu aku give up hahaha.. memandangkan cuti, aku rajin plus gigih dan akhirnya aku berjaya..

Seperti dijangka harusla rangking Alexa aku beribu ribu lemon hahaha.. blog macam ni kan, apa sangat la.. tapi aku tengok orang letak, so aku pun letak jugak la, ikut ikut, kalau trend letak taik dalam blog, aku rasa aku pun letak taik jugak kott hahahaha... Page Rank pulak aku ingat aku kosong.. rupanya ada juga dua hahaha.. lapiu la google..

Apa fungsi dan kebaikan menatang menatang ni semua? ah! tak paya la aku bagi tahu.. korang search la sendiri.. banyak dah orang cakap pasal benda ni..

Kredit kepada firdauskasim, aku follow instruction daripada blog dia, sila la klik kalau korang berminat nak letak Alexa jugak.. tak pun korang search jak dalam google, belambak pilih yang mana korang rasa lebih memudahcarakan korang.. Page Rank pulak try klik kat sini, mudah jep.. ok good luck..

Saturday, August 13, 2011

Apakah Perbezaan Diantara UK, England, London dan Jugak Great Britain

Kalau duduk lepak bersama rakan rakan kitaorang selalu menjual buah buahan.. tahu tak maksud menjual buah buahan tu?.. aku pun tak tahu, tapi yang pasti dalam bulan ramadhan ni kurang kurangkanlah menjual buah buahan ya hehehe.. ok lepak, selain membincangkan isu kerja bajet workaholic, kitaorang jugak selalu berbincang tentang isu isu semasa dan pengtahuan am, kalau cerita pasal artis memang tak la.. arghhhhh.. intro aku out!!..hahahaha

Sebenarnya aku tak pernah pegi Europe lagi, apa jadah ada kat europe tu pun aku tak tahu.. masa borak borak salah sorang kawan tu mengeluarkan soalan "Apakah perbezaan diantara UK, England, dan London..sila bincangkan?" lebih kurang macam tu la soalan dia... so, alang alang search, aku sertakan jugak jawapan bagi maksud Great Britain dan Manchester.. 

Ini cuma pengethuan am, saja saja nak kongsi.. tak nak pun tak pe.. boleh search sendiri hehehe..
Mari kita mulakan..

United Kingdom (UK) ialah gabungan diantara empat negara iaitu England, Wales, Scotland dan Northern Ireland..

London adalah ibukota bagi England dan bandar terbesar dalam UK.. bermaksud setiap negara dalam UK mempunyai ibukota masing masing, Wales ibukota dia ialah Cardiff, Scotland ialah Edinburgh dan Northern Ireland dengan Belfast.. dapat tak?

Great Britain pulak ialah geographic term memberi maksud bagi pulau pulau terbesar bagi Kepulaun British (British Isles) iaitu England, Wales dan jugak Scotland..

So, England adalah sebuah negara di dalam UK dan ia jugak sebenarnya adalah pulau..kan kan..
Manchester pulak ialah United..hahahaha..

Sila betulkan aku jika aku silap.. daripada sejarah korang search la sendiri ya..ok itu sahaja, simple.. Terima kasih kerana membaca.. 
Sumber: http://answers.yahoo.com/

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.

Thursday, August 11, 2011

Berbuka Puasa di TGI Friday's Alamanda

Memperkenalkan kawan baru berasal daripada Labuan.. nama dia si Bulat, nama betul dia kitaorang tak tahu..keh keh keh.. kawan kepada Kid.. datang sini daripada KK training under company tempat kerja dia NIOSH.. selamat berkenalan Bulat, bah sory ndak becakap Sabah full sebab nanti diurang ndak paham haha..

Ok habis cerita pasal si Bulat, mari bercerita pasal makan... yaaaa makan.. semalam berbuka puasa di Friday's Alamanda.. menu orang puteh, nama pung aku tak berapa reti nak sebut, tapi rasanya pasti enak..

Sempena bulan ramadan ni Friday menyediakan makan buffet free ambek sesuka hati dengan pembelian mana mana jenis main course.. oh seperti biasa jika ia dikatakan free...lajuuu... hahahah.. gambar kat bawah ni, layankan sajoh walaupun tak seberapa nak terang kerana ditangkap menggunakan pukat tunda..


Inila si Bulat berbaju merah bersama si Kido, dorang kawan masa kat uitm s.alam.. setahun baru berjumpa kembali.. syahdu la tu konon..hahaha

 Hani dengan gaya cover pipi dia.. tangkap gambar tak boleh nak 90 dgree, dan Umi begitu teruja sekali hahaha.. sila abaikan patung merlin monro kat belakang tu ya..

Memandangkan burger aku yang nama dia agak pelik tu sampai dahulu, so aku makan dulu ya kawan kawan.. size besar memang tak larat aku nak habiskan..

Muka orang dah kenyang, nak begambar saja kerja dia..


Tag: MAkan di Alamanda, Tempat makan di Alamanda Putrajaya, MAkan di IOI Mall, Gambar Makan di TGIF, Halal tak makan di TGIF, jenis makanan di TGIF

Tuesday, August 9, 2011

Antara Pengalaman Kerja Dan Gaji

Aku tergerak untuk bercakap sedikit tentang pengalaman kerja dan gaji.. jika anda di beri peluang mana yang menjadi pilihan anda? samada gaji yang tinggi ataupun pengalaman kerja yang bagus.. situasi berlaku pada usia yang masi muda bujang dan jika dilihat anda sepatutnya boleh pergi lebih jauh..

Dulu masa mula mula aku terjun dalam dunia pekerjaan setalah berfikir untuk tidak meneruskan profession sebagai pelajar aku beranggapan bahawa gaji yang besar bukanlah menjadi keutamaan bagi aku.. apa yang berada dalam fikiran aku ialah aku tak ingin menjadi seorang yang jobless, duduk kat rumah mendengar soalan pakcik2, makcik2 dan sepupu2 aku bertanyakan "bila ko nak kerja?".. arghhh sakitnya telinga aku pada masa tu..

"tak pe la kerja apa pun boleh.. yang penting pengalaman.." itu adalah perinsip awal aku.. dan ianya kekal sehingga beberapa ketika.. aku yakin ramai dikalangan fresh graduan juga berfikiran seperti ini dan kita juga telah diberitahu supaya tidak memilih kerja.. ya kan..

Ketahui la korang bahawa sebenarnya setelah korang bekerja korang akan mula berfikir tentang sama ada gaji yang berbaloi dengan tenaga yang diberikan.. korang akan mula berkira tentang gaji yang korang dapat adalah sedikit dan tidak setimpal dengan apa yang korang berikan kepada majikan, bukannya tidak bersyukur tapi ini adalah hakikat kehidupan apabila kos hidup semakin meningkat.. pernah tak dengar tentang kakitangan awam atau suasta minta supaya gaji diorang di naikkan?.. pernah kan..

Tambah tambah lagi kalau korang mempunyai komitmen.. ada kereta nak bayar setiap bulan, pinjaman pendidikan, rumah, untuk parent lagi.. nak saving lagi untuk future, ini untung kalau ada balance setelah tolah tolak semua.. wahh..

Mungkin pada masa tu korang tak fikir dah pasal pengalaman.. sebagai orang bujang usia pun masih muda lagi, tak kesah dah sama ada background study related tak dengan kerja yang korang buat, yang penting gaji masyuk, kerja lebih masa even kalau fikir fikir ia sepatutnya bukan level study korang yang penting ialah dapat gaji banyak..

Tup tap tup tap in case ada masalah di tempat kerja, nak cari tempat kerja ditempat lain.. dan pada masa ni la korang akan berfikir "kalau interview nanti apa aku nak cerita tetang pengalaman kerja aku?".. apa yang paling bermain dalam fikiran korang "sampai bila aku berada di tahap ini, apa akan berlaku empat lima tahun akan datang?" see..

Apa motif entry aku ni sebenranya hehe.. korang fikirla sendi ya..  tu pun kalau korang baca semua, sebab ramai dikalangan reader blog ni adalah student.. mungkin malas nak ambil tahu pasal benda benda macam ni lagi.. atau bakal guru yang memang jelas tak nak ambek port pasal kerja lain selain mendidik anak bangsa.. selalu mendapat pembelaan kerajaan, ya dak?.. hehehe..

Monday Blues

 oh! its a monday..

Sunday, August 7, 2011

Membeli Tudung di Muaz Textile

Fakta:
Hampir 70% readers blog ini adalah wanita muslim yang bertudung..
Raya dah nak dekat.. oyeh!!
Baru pun 7 hari puasa.. aku dah countdown raya hahaha..

Semalam aku dah beli tudung.. terimah kasih kat korang yang bagi guideline.. awning, tudung sarong, dan material kain yang baik.. beli various tudung soh diorang pilih, itu yang terbaik.. keh keh keh.. semalam nyaris aku beli satu kodi, murah tapi tak banyak variasi, color jak berbeza, takut diorang tak suka pulak.. terima kasih kat korang, sekarang aku dah tak pening dah..

Ini first wave punya shopping tau.. next weekend ada lagi hahaha.. alaaa shopping raya biasa la, lagi pun dah lama tak balik, why not belikan oleh oleh lebih sikit.. suka la spend money tuk family dan anak anak bua.. rasa titik peluh ni berbaloi sangat.. miss them a lot...sob sob..

Seorang gadis bertudung hitam menuju ke Muaz Textile.. nak beli tudung la tu!! hehe

Alang alang aku cerita pasal beli tudung ni, meh sini aku bagi tahu kat korang.. kalau nak beli tudung yang murah korang boleh pegi kat Muaz Textile.. aku bukannya nak bagi publicity kat kedai tu, tapi serius nak kogsi kat korang.. sebelum tu kredit kat Shamsuddin Amin sebab bagi tahu tempat ni..

Aku borong banyak banyak semalam macam nak jadi saudagar tudung dah.. bak balik Sabah jual haha.. kira kira memang boleh untung banyak aku.. boleh makup sampai RM 5 ringgit lebih.. sebab harga dia serius murah, kalau beli berkodi kodi lagila.. boleh buat business ni hahaha..

Kat mana Muaz Textile tu?
Kedai dia berhampiran dengan Semua House kalau tak silap aku.. dia kira dah hujung hujung barisan gerai kat jalan TAR.. agak susah jugak nak jumpa sebab dia ala ala masuk dalam gua bawah tanah.. tapi dia letak banner besar, so tak de masalah.. boleh jumpa punya.. kalau ragu ragu sila gunakan google map ya, atau GPS Papa Go..hahaha...

 Nampa tak longgokan kain seblah banner Muaz kat atas, semalam diorang longgok samping sampin kat situ, aku terlanggar jatuh besepah.. aku bla macam tu jak hahahaha tak sengaja ok!!

Cuba bayangkan gigih tak aku selak longgokan tudung tu.. haha tapi aku ambek bakul just grab mana yang aku rasa ok.. senang.. mula mula aku segan jugak, tapi aku tengok ramai jugak lelaki kat dalam tu.. so aku pun emmm.. lagipun aku mendapat sokongan moral daripada makcik makcik kat dalam tu, tanya banyak aku beli.. aku jawab nak bawak balik Sabah.. yeaahh!!

Harga dia murah banding korang beli kat deretan gerai ramadhan kat jalan TAR.. kalau kat gerai gerai diorang jual dalam RM 15.. tapi kat Muaz Textile RM 9.80 jak.. quality kain exactly sama.. banyak jenis tudung dan harga boleh jadi pilihan.. baju melayu pun ada jual kat situ, harga borong seh.. no wander kalau nak bayar kena bebaris panjang, oh! samping sampin pun aku beli kat situ semalam, matching dengan baju raya aku la kot keh keh keh.. baju raya aku kat Sabah dah siap oyeh!!  

Pondan tak pondan.. cerita pasal tudung.. hahahahahaha...
Nak tengok tudung apa yang aku beli semalam? eeh! tak paya la. kang korang cakap buruk.. aku tak reti nak pilih..haha..
oh ya, cuba baca dua blog ni, diorang pun ada cerita pasal Muaz Textiles
http://alwzbemybaby.blogspot.com/2011/07/muaz-textiles-l-hari-pun-megasale.html
http://www.suzie284.com/2011/06/this-is-what-we-call-borong-shawl-jalan.html

Gambar kat atas tu pun aku ambek kat blog diorang, harap diorang tak marah hehehe
Segan la nak tangkap gambar..

Ok itu sahaja, selamat beramal, selamat bershopping..hiasi peribadi.. jangan membazir tahu.. :D

Saturday, August 6, 2011

Tudung Apa Nak Beli Sebagai Oleh Oleh

Ok hari ni hari Sabtu.. aku bercadang nak pegi jalan TAR.. aku nak beli oleh oleh nak bawak balik Sabah.. ingat lagi tak entry aku yang ini..

Nampaknya ada beberapa orang yang bagi cadangan soh aku beli tudung untuk sanak saudara di kampung, cadangan itu aku terima.. tapi ada jugak yang soh aku bawak balik bakal menantu tuk mak aku.. hehe.. tak de lagi dowh.. nantila, awal lagi...

Tang tudung tu problem bagi aku.. aku tak tahu jenis tudung apa yang nak beli.. pesen apa yang terbaru? jenis tudung macam mana yang paling galem? apa yang pemes amos sekarang.. aku tengok kat internet ni bejenis jenis ada.. daripada yang melingkar daripada kepala ke leher, ada yang dikepit nampak kejinjangan leher atau bonggolan kat kepala..ah! apakah..

Pastu yang gantung batu bata kat hujung kain tudung pun ada gak, yang ni mesti berat kalau bawak naik flight.. dah la KG yang aku beli pun tak banyak sangat.. matila.. 

Aku rasa aku nak beli yang simple simple jak la.. diorang cakap tudung 'masok'.. apa tu? yang main 'pluck in' jak mengkali hahaha.. yang macam dalam sinetron tu kott, Ibu Arini.. ok ok aku tengok ramai kat sini orang pakai..

Tapi tudung yang macam cik epal pakai tu pun lawa jugak.. oh pening aku.. lantak la diorang..
Kalau oleh oleh tuk lelaki senang diurus haha..

Pesen tudung macam StarWars dah aku tengok.. lawa jugak ni ^^

Friday, August 5, 2011

Sesi Berbuka Puasa Dikala Orang Belanja

sebok berkomentar.. aku pung sebok update status fb
Petang semalam adalah sesi berbuka puasa ramai ramai satu department.. bersama bersekutu bertambah mutu di bawah satu bumbung Department Quality Health Saftey Security and Environment QHSSE (makaih panjang nama kau!!).. bersatu seperti kaum muhajirin dan ansar, rela berkorban harta dan nyawa hahaha.. makan kat mug-mug.. bukan mak-mak..

old style fashion.. cover pipi chipmunk Hani, consume betri kalau kena snep.. ciss!!

Yeala.. sekali skala, lagipun ada orang belanja, sedekah amal jariah dibulan ramadan yang mulia ini.. semoga rezeki lebih bertambah murah kepada En Fadir.. aku apa lagi.. kalau barang free laju sajooo..hahahah..

Best jugak bekumpul satu dipartment ni.. HOD je tak de.. sebab dia dah tak remaja dan tak ranggi macam kitaorang.. hehehe.. ah! kompom dia tak kan terbaca post ni la..

Lagipun jugak kali ini sekali tuk farewell dua orang rakan sekerja bos kitaorang AVP dan sorang auditor dah nak benti, dapat kerja lain.. eh ye ke farewell, suka hati je aku hahaha.. alaaa macam makan makan meraihkan perpisahan.. sebelum mereka berangkat pergi jauh dan tak berkolaborasi lagi dengan kitaorang yang masih tinggal kat sini..

Alia gambar ko tak catek.. limited edition saje nak upload, rasakan hahahaha

Ucapan aku, semoga korang sukses selalu.. itu sajoh..
Oh! satu lagi.. selamat menjalani ibadat puasa.. jangan nakal nakal di tempat kerja baru.. :D




Memperkenalkan Trafik yang Lain

Kalau dunia blogging ni selalu orang cakap pasal trafik.. tips nak meningkatkan trafik la, cerita si gila trafik la, semua la.. macam macam.. aku pun dah naik bosan dah dengan topik trafik ni..

Tapi hari ni aku tak de kerja.. so, aku pungg nak cakap pasal trafik jugak..

Selain trafik dalam blog dan trafik yang ada kat atas jalan raya tu.. ada lagi satu jenis trafik yang mungkin korang tak tahu..hehehehe..

Mari sini aku perkenalkan kat korang..... sila skrol..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaaa...
capsicum traffic light

 Ini lah dia gabungan antara tiga jenis capsicum, green cap, red cap dan yellow cap hahahaha

Ia adalah salah satu product company tempat kerja aku ni keluarkan, brand Lushious banyak kat market, Giant, Carrefour, Cold Storage, Mydin dll.. kalau yang biasa shoping barang dapur kat pasar raya mungkin pernah la kot ternampak capsicum traffic light ni..

Cara nak masak? huhu.. aku tak tahu.. aku reti makan jak hehehehe

Thursday, August 4, 2011

Mandi Sungai Menjadi Hobi di Bulan Ramadhan

Kelakar jep kalau ingat zaman kanak kanak rebina berpuasa.. masing masing ada cerita.. sungguh aku begitu naif dan tongok pada masa tu, ingat ingat balik memang boleh buat aku gelak sendiri haha..

Dulu dulu aku tinggal kat kampung, kat Tawau..  berpuasa dibulan ramadhan sebagai budak kampung memang berbeza dengan budak bandar.. kalau cakap pasal sungai, main tarzan tarzan dan panjat pokok memang aku hebat.. itu aku mengaku.. hahaha.. walaupun tenga berpuasa aktiviti macam ni tidak ditinggalkan, mandi sungai? fuh bulan puasa makin kerap.. berendam sampai ke petang hahaha..

Duduk dalam sungai bukanya barang sekejap.. mahunya sampai tiga empat jam, sejam sebelum buka puasa baru balik kat rumah.. aku dan sepupu aku akan menjadikan mandi sungai sebagai hobi setiap menjelangnya bulan ramadhan.. jahil tak jahil.. hahaha..

Tahu tak sebab apa? kalau tenga berpuasa seronok tau mandi sungai ni.. sejuk je badan, dahaga pun tak terasa sangat.. sambil menyelam, berkuak lentang atau berenang berirama ada la tu air yang masuk dalam mulut.. hahaha.. ini la dia yang dikatakan menyelam sambil minum air..

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sungai, lumba renang boleh, main kejar kejar boleh.. main tarzan tarzan loncat dalam sungai pun boleh jugak.. walaupun puasa tapi kitaorang tak rasa penat langsung.. aku pun tak tahu, pelik tak? padahal dah kenyang minum air sungai hahahaha..

Adik adik jangan tiru tau aktiviti kat atas.. sah sah puasa kitaorang masa tu batal..

Untuk pengetahuan korang sungai kitaorang tu bersih tau (ye la tu bersih hehe), jernih je air dia.. itu dua puluh tahun yang lalu la.. sekarang ni tak tahu la pulak.. sebab aku dah tak duduk kat Tawau dah.. lagipun mandi sungai tidak lagi menjadi hobi aku..

gambar hiasan budak kampung

Wednesday, August 3, 2011

Jangan Kuruskan Puasa

Kita sudahpun berada di bulan Ramadhan.. cepat je kan.. bersyukur kehadirat Ilahai kerana kita masi diberi kesempatan bertemu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.. mana tahu ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita kan.. kot kot esok esok kita dah menghadap Ilahi.. tapi amalan still tak kemana lagi.. huhu..

Sofar cam mana dengan puasanya.. ok tak? harusla ok kan.. dah besar panjang pun, badan semua dah ditumbuhi bulu, kalau tak tahan puasa.. apa la.. buat malu jak kan.. unless yang ada peristiwa berdarah itu lain cerita la, itu aku tak nak explain hahahahaha

Bulan puasa, bulan menguji kesabaran.. banyak jenis sabar yang diuji.. rasanya semua pun tahu kan, fadilat puasa, hikmah serta pahala yang dijanjikan oleh Allah swt. kepada mereka yang menunaikan rukun islam keempat ini dengan sempurna..

So marila kita berpuasa dengan ikhlas ya, jauhkan aktiviti aktiviti yang boleh mengurangkan pahala puasa.. jaga pandangan mata dan tutur kata.. nanti sia sia jak berlapar.. badan kurus.. pahala puasa pun kurus jugak.. tak ke rugi.. ya dak?.. hehehe pesanan untuk diri sendiri ni dan jugak kepada rakan rakan.. ok selamat beramal semua.. assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!