Sunday, March 27, 2011

Otak kuning: Main dengan nenek..

Boleh tak orang Malaysia ni tak berfikiran lucah siket..hahaha

terkejut aku tengok analitik kata kunci nuffnang minggu ni, ada orang masuk dalam blog aku daripada kata carian "main dgn nenek" mau tak gelak ..hahaha..

ni mesti budak underage otak kuning punya, nak tau sangat pasal sex kan...tak pun orang dewasa yang nafsu sex pelik pelik gersang tahap gaban..adehhh!!..
gambar tak de kaitan ok...kecuali korang mmg otak kuning tu lain kes..hahaha

Saturday, March 26, 2011

1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!

Oyeh jumpa Giveaway lagi..jumpa daripada blog si Ujang..giveaway Cewek Sawan Pink Tegar-Yaya..hahaha..mencari 3 gambar candid terbaik utuk dijadikan pemenag..cepat cepat boleh join due date 14.04.2011 sempena besday die kunun..hehehe.. cik Adwa dan cik My sila la join...


ni gambar menjadi taruhan aku..hahaha..gambar ni ambek masa kat Sepang rumah member. burung sesat tu jumpa dalam dapur..member tangkap gambar masa aku sedang cekik cekik burung tuh..hui kui..

Nak join jugak?
jadi follower belog Yaya...
tajuk entry..1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!
letak header belog yaya kt atas tu...
tag 2 orang mamber dan dorang tau pasal GA ni
letak url entry korang tu dalam ruangan komen entry GA yaya
and then letak gambar candid terbaik korang..tak kesah gambar sorag atau ramai ramai
 okay beres!!

Friday, March 25, 2011

Feeling feelig lagu indon

Yes ini exactly lagu lame...and then lagu ni juga tak de kaitan dengan kisah hidup aku ok!!..just aku rase macam sedap je dengar lagu ni...apesal la lagu indon ni best best ar..sedap je lirik dan melodi dia (bagi aku la)... aku pun jadi feeling feeling lagu indon...arghhh!!!..

Separuh Jiwaku Pergi - Anang Hermansyah


Abu bergelora!!


kalau kawan kawan ajak makan tak boleh ditolak
kang nanti dorang tak kawan kita
dah la tak kawan pastu benci pulak  
pas tu cakap kita ni bergelora kui kui..

#How can you be unhappy when you are surrounded with happy people…^^

Thursday, March 24, 2011

Kebaikan buah pisang: Pisang untuk si jiwa kacau.

Hari tu abu terbaca satu artikel, dia cakap pisang adalah buah untuk si jiwa kacau..maksudnya kalau korang rasa rasa korang sedang berjiwa kacau maka korang boleh la makan buah pisang..bukan jantung pisang.. 

Ini kerana buah pisang adalah sumber vitamin B6 untuk menghasilkan sirotonin dalam otak. Ia dikatan mampu mengurangkan punca sakit kepala (distress)..dan meningkatkan nafsu makan..seronok la tu korang makan banyak banyak kan..!

Tapi tidak dinyatakn pulak pisang jenis ape untuk si jiwa kacau ni. Mungkin semua jenis pisang la kot pisang abu, pisang berangan, pisang awak, pisang monyet, pisang goreng atau cekodok pisang..har har har..

Apa apa pun hindari la diri korang  daripada berjiwa kacau ok..sebab nanti mengacau orang terdekat akan menjadi hobi korang...si mat kacau..

Sebelum abu cau cau..info tentang kandungan zat dalam pisang:..klik di sini
Tabung broadband klik di sini..terimakasih!!

Tuesday, March 22, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage

aku ni dah gila Giveaway..korang buat la GA banyak banyak. nescaya aku akan join..hahaha..dapat tak dapat aku tak kesah..aku nak join jugak..

ni lagi satu GA aku jumpa daripada blog kak sumijelly. senang je nak join..hadiah, aku tengok coklat dia pun aku dah terangsang dah..arghhh!! cepat join tarikh tutup 31 Mac 2011 11.59pm..sape lambat beguling guling macam tengiling...kepada dua orang member hani dan cik liz..meh sini join..

senang jer..follow step kat bawah ni..

1. Buat 1 entry bertajuk "Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage" (sudah)
2. Copy header Sweet Cottage kat atas ni and letak dalam entry korang. (sudah)
3. Jadi follower kat blog stormz-iylia n blog Sweet Cottage (sudah)
4. Link kan entry korang dengan URL entry giveaway dari blog Sweet Cottage (sudah)
5. Tag 2 orang member korang kat entry giveaway tu. (sudah)
6. Tinggalkan Nama, URL entry giveaway korang kat dalam comment box Sweet Cottage (sudah)

si sweet cottage cakap kalau korang tak de blog, korang boleh buat notes kat FB. 'Like' page Sweet Cottage dan tag Sweet Cottage dalam notes tu. Tag member2 korang seramai yang mungkin. Yang penting, follow je step 1-6 kat atas.
ok..bereh!!

Monday, March 21, 2011

Terengganu banyak yang best best

Beberapa hari tak update blog sebab sebok becuti bersukaria ke Terengganu..seronok wei, rasa macam nak pgi lagi..hahaha..

sebagai penumpang memang best, duduk je mengangkang layan lagu, sekali sekala tidur tidur ayam pastu borak borak 'orang dewas' dengan Ijan dan si Awek Merah Jambu memang tak boring..perjalanan 7 jam lebih tak terasa langsung..thanks to En Fadir sebab sanggup jadi pilot, drive sorang pegi dan balik dripada ganu...kitaorng pun senyum sokmo je la...har har har..
at least aku dah sampai Terengganu, salah satu tempat aku yang mesti pegi. dah berapa tahun duk semanjung ni finally sampai jgk aku kat negeri yang famous dengan Monsun Festival dia, keropok lekor, dan penyu...huhuhu..

motif utama nak gi ganu ni sebenarnya nak pegi majlis kawin member..tapi diselitkan sekali dengan konon Desinasi Bajet, shopping shopping..dan jalan jalan cari makan..tak rugi!! korang pegi la, best memang best berbaloi percutian yang menghiburkan..na na na na na Ganu kite!!

lebih kurang pukul 12 malam gerak daripada Puchong and then sampai kat Kemamang dalam pukul tiga lebih, singgah kentut, rehat dan makan makan jap bla bla bla...pastu perjalanan diteruskan...and then lalu di hadepan loji penapisan minyak yang pertama di Malayisa kat Dungun fuh!!...tak nak lepas pelung, singgah jugak ambek gambar tak nak rugi kan...view kawasan industry yang lawa, banyak lampu lampu and ade api menyala kat menara dia...loji penapisan minyak yang luas dan sangat penting kepada Malaysia...aku jakun..bangga dengan Malaysia..

kat Kuala Terengganu, sebelum masuk ke rumah rehat, pekena dulu dengan Nasi Dagang Warung Mak Ngah yang sedap dan asli..fuhh!! rugi sape yang datang ganu tak rasa nasi dagang, dihidang atas daun pisang, simple je...tapi rasanya memang sedap...rasa sekali pasti nak lagi..nasi dagang mak ngah ni memang famous ok..pena masuk tv tau!!..


sebelum ke rumah pengantin kitorang masuk dulu kat rumah rehat..nak rehat setelah beberapa jam perjalanan. dapat rumah rehat yang bersih dan selesa kitaorng memang puas hati..bayar 200 jer untuk satu malam, check in pagi pastu check out pagi esok, 4 orang so bayar 50 sorang..murah kan !! rumah rehat ni sesuai tuk family set..kalau datang denagn family yang ramai boleh la tepon pakcik yang mesrah dan baik hati tu..i tell you, korang pasti berpuas hati..hehehe..

pegi rumah pengantin tengah hari macam tuh..pegi makan, borak borak dan seperti biasa mesti ambik gambar sebagai kenangan. pasangan pengatin yang cantek dan tampan bergaya...selamat pengantin baru kepada Sarah dan Fadhir, semogah berkekalan ke anak cucu cicit dan sentiasa di cucuri rahmat olah Allah...
daripada rumah pengatin terus je nak pagi cari keropok lekor, tau tak..nak beli keropok lekor kena ambek nombor giliran..wah gilerrr ramai orang..nombor yang kitaorng dapat pun kena tunggu 200 orng lebih lagi di hadapan..makai..mampus nak tunggu..pegi kedai lekor yang lain pun sama jugak, kena tunggu sejam baru blh dapat lekor...malas nak tunggu, kitaorng decide pegi Pasar Payang dulu beli souvenir and ape ape yang patut..

Pasar Payang yang BEST banyak barang barang yang BEST jual kat sana, tekejut dengan harga kain songket mencecah rm700 lebih..tapi kuality baik ok..tarak cikai punya..haha..kat sini macam macam ada, banyak benda boleh menjadi pilihan untuk dijadikan buah tangan..penyu pun banyak jugak hehehe...sempat lagi ambek gambar atas beca depan pasar payang sebleum pegi beli lekor kat Kg. Losong..terbaik wok!!...pastu kitaorng pegi pulak ke pantai batu buruk cuci mata..hahaha..dan malam kuar lagi pegi cari makan kat pulau kambing..gilerrr best..jadual full house..

kesokan paginya sebelum gerak sempat singgah kat masjid kristal..ambek gambar huha huha..pastu gerak balik KL..saje gerak awal sebab nak singgah rumah Pak Andak lagi kat Tekam dan rumah pengantin baru kawan kepada en fadir..

terbaik, percutian hujung minggu ke Terengganu yang sangat best ..!! terima kasih kepada En Muhammad Syahril Ghazali sebab banyak membantu.

comel kan baby Pak Andak (en faizal)..kui kui kui..nak jugak baby satu!!

Friday, March 18, 2011

Terengganu ape yang best?


Hari ni nak pegi terengganu, tak pena sampai ganu lagi, ni first time pegi. tak dapat pegi toronto so terengganu pun jadi la.. walaupun kedua duanya langsung takde persamaan kan grrrr...

ape yang best kat ganu..makanan? pantai? penyu? nak tengok penyu betelo..atau bagi penyu tengok telo aku ni...tak pun nak bawak pulang cengkerang penyu, buat TOPI mesti best kan har har har..

dalam kepala hotak aku ni terengganu is penyu, penyu is trengganu..rindu kat penyu. last time tengok penyu masa kat pulau sipadan..tu pun tak lama sebab tengok masa aku tenga berenang ala ala ikan kekek dalam laut.

sebenarnya plan nak pegi menghadiri majlis kawin officemate..pegi pun degan member office, tong tong..murah siket kan. pastu melencong pegi jalan jalan cari makan dan cuci mata, menfaatkan weekend dengan sebaik baiknya..destinasi bajet..harap harap semua berjalan lancar..ya beda bedu,.

Wednesday, March 16, 2011

Bestnya dapat pegi ke toronto


toronto yang best
teringin sangat ke toronto..
tak pe la dapat rasa cuaca musim sejuk SAHAJA pun tak kesah..
nak pegi pada musim salji..eh tak nak salji...
kawan aku cakap salji tak best...
nak sejuk je..suhu 10 degree..
tapi kalau dapat rasa yang 2 degree lagi best..
toronto sampai tak 0 degree, kalau boleh aku nak rasa jugak..
oh toronto!! mesti best kalau dapat pegi toronto..

jeles dengan dua orng kawan..selalu pegi toronto,...
kalau free free tak de kerja dia pegi ke toronto,
pakai baju tebal tebal, baju tebal tapi tak de bulu bulu kat koler..
oh toronto!! sekejap je pun tak ape..
sejuknya di toronto..

kat toronto mesti ade banyak salad,..
tomato dan capsicum pun mesti ada jugak kan..
bestnya dapat kerja DALAM toronto!! :)

(cold room) toronto ni je yang ada..grrrr..

Tuesday, March 15, 2011

Update pictures at Japan after tsunami - 2

A pictures that worth a million of  words. Kat bawah ni adalah koleksi gambar kedua yang aku ambik daripada The BigPictures,..bagaimana mereka mencari dan menyelamatkan mangsa dan cuba untuk recover apa yang berlaku..aku dah kecikkan, senang sikit nak bukak:


Sedih tengok kan..
More pictures klik kat sini..untuk versi yang lebih terang, besar dan berat..

Monday, March 14, 2011

Segmen : Ben Ashaari soal cinta

Ini adalah segmen cari gadoh: lelaki vs perempuan yang di buat oleh en ben. sebelum itu saya ingin memohan maaf terhadap wanita di luar sana yang mungkin terasa jika membaca jawapan saya terhadap soalan soalan en ben ini..^^

Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?
mestila wanita yang cantek, cantek budi bahasa, cantek akhlak dan cantek jugak paras rupanya..

Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda ..
wanita yang sexy adalah wanita yang pandai mengambil dan menjaga hati lelaki dengan suara dan kesopananya...har har har..tapi sexi yang satu tuh lain lagi...grrr...

Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?
pengorbanan cinta adalah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita dalam menjaga kesetiaanya terhadap lelaki yang dikasihinya walaupaun dilambung ombak badai dalan lautan api <-----arghhhh tak blh bla ayat aku!!!

Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?
sangat perlu..ditegaskan di sini...sangat perlu!!

Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?
aku cari yang lain..sapa soh tak nak terima aku...hahaha..

Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?
 belum pernah bertemu si Laila Majnun..

Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa ?
susah nak jawab soalan ni,...ini bergantung kepada sikap seseorang itu..sebab aku lelaki, so overall aku boleh katakan perempuan lah yang mudah berlaku curang,...ini adalah kerana sifat wanita itu sendiri yang lembut dan mudah menerima godaan yang mendatang...larikkk!!!!

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
saya tak mudah cemburu..tapi depend dalam situasi yang bagaimana..jika dirasakan perlu maka perlula ia..

#peace no war!! :)

Update pictures at Japan after tsunami

Kat bawah ni adalah koleksi gambar yang aku ambik daripada The BigPictures, aku dah kecikkan, senang sikit nak bukak:

More pictures klik kat sini..untuk versi yang lebih terang, besar dan berat..
Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!