Sunday, July 10, 2011

Aku Sayang Negaraku

Aku tak de la nak sokong sangat politik ni.. nak Bersih bersih la, tak nak Bersih tak pe la.. lantak korang la, bagi aku politik adalah candu masyarakat.. politik sekarang ni boleh memecahbelahkan bagsa dan agama.. even satu keluarga pun dah tak macam keluarga dah kalau masing masing mempunyai ideologi politik yang berbeza.. sembahyang berjemaah atau duduk di kedai kopi satu meja pun tak boleh.. apa cer..

Sapa cakap politik ni tak penting.. cuma masalah sekarang ni ialah pengamal politik itu sendiri yang extreme, taksub sehingga sanggup menggadaikan apa yang dipertahankan sejak zaman kemerdekaan lagi.. satu kepala batu.. satu pulak keras kepala.. eik!! apa beza.. hahaha korang fikir la sendiri..

Yang penting jujur, amanah, adil, bijaksana.. semua ciri ciri pemimpin yang baik.. jika engaku betul buktikan yang kau tu betul jika rakyat menginginkannya, sebab engkau memegang amanah rakyat, duit rakyat.. semua hak milik rakyat.. kau hanya bertuah kerana dipilih untuk memegang amanah itu.. tak guna cakap berapi api.. pilihan raya akan datang tak undi kang baru tahu! hahaha..

Aku memang tak percaya seratus peratus apa yang ada dalam media massa kita ni.. kalau tengok berita atau baca surat khabar aku rasa meluat tengok pemimpin cakap entah apa apa, kau la yang hebat, parti kau la yang bagus.. ada pulak tu cucuk sana cucuk sini, fitnah sana fitnah sini.. padahal yang di janjikan dahulu masa nak meraih undi masi tak nampak, rakyat teraniaya dan masi dahagakan pembangunan.. poda!!

Sebenarnya aku memang out kalau nak cakap pasal politik, sebab aku tak ambik port sangat, aku seperti melihat banyak sangat sandiwara.. tahu sikit sikit ada la.. takkan sampai tak tahu langsung kan.. aku tahu la PM Malaysia sekarang ni si Najib tu..hahahaha..

Pilihan raya akan datang ni JIKA aku mengundi itu adalah undi aku yang pertama.. tapi sehingga hari ini aku tak nampak di mana bersihnya politik negara kita ni, aku tak tahu nak undi sapa.. di telan mati emak di luah mati bapak.. yakinkan kami sebagai anak muda generasi akan datang bahawa kami membuat pilihan yang betul.. generasi kami kecewa melihat apa yang berlaku sekarang.. 

  
Ini la Malaysia kita.. Aku sayang negaraku.. korang pun sayang jugak kan..


53 comments:

Abu Huzaifah said...

pemimpin skunk lebih kpada kuasa.. bkn mesra rakyat pun... bantu sini..bantu sana.. kluar wang rakyat banyak2... berjuta2... dah bantu harga barang naik... nak bg balance...haha... agenda politik songsang aku tak suke...

BERSiH?? penganjurnya Ambiga.. Ambiga ni benci Islam.. so.. knp ramai org Islam yg sokong?? aduhai... apa motif sbenarnya...

Miscellaneous Smiles said...

semat gile gambo y seken last tuu

NabiLLa NaSir said...

samelah kat sini. keliru dgn politik m'sia. tataw nak pilih yg mana satu.

dill said...

erm. dill tak tau nak komen ape abu. hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui

dill.

Nurnajwa said...

Mcm2 la diorg ni --

Faraa Eiman's said...

gua pown tak mngerti =='

cucu umie said...

pemimpin mesti ad 4prinsip itu tetapi susah nak cri sekrng..

ayie said...

tu dia bila atok abu kata politik panjang lebau jugak dia punya ucapan..

apa pon tunggu je la pilihan raya nanti.. tak sabau nak ngundi gak ni..hehe.. harap 1st undi tak buat undi rosak..haha

Anif Abdullah @Mr AA said...

susah nak cakap..tapi anif nak share artikel 1 ni,bacalah dengan penuh hemat dan well educated..

http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/jadilah-pencaturbukan-yang-dicaturkan.html

Aisyah Aina said...

abu..kau jadi PM je la macam ni...hahaha

Syuxer said...

bila kuasa jadi tuhan..maka tiada makna keadilan dan amanah..suapan duit adalah pengunci kebenaran..so aku harap ada sinar islam akan kembali mencerahkan negara kita ini..say no pembaziran tahap celaka

izzah said...

moga Allah selamatkan Malaysia.amin.selamat mengundi abu!! :)

Aman Ibrahim said...

Aman sayang Malaysia~ selalu doakan agar negara sentiasa aman dan diberkati Allah. jauh dari segala kekalutan n kemusnahan seperti negara lain. Malaysia negara yg aman dan damai untuk didiami, semoaga ia terus berkekelan.

alif haris said...

klu kepala masing2 tak keras mcm batu haram jadeh .. xdenye berlaku bnde nih ..

cuba masing2 tolak ansur sikit ..xde la sampai berusuhan gitu ... huuhu

sedih aku nengok dorang ni

Lieyly ︱ Alia said...

gmbar sebelum last lawa :D

adeihh syg jgk..tpi sedih bila jdi mcm neyh kan..

adan said...

aku syg negaraku ABU..
tanak gak kacau bilau ni.. ada sebb semua berlaku..

muhamad hanif said...

bersih oh bersih..

Far8 budak baik said...

abu..hero tak tahu nk cakap
ape..hahahahahaha..
go malaysia go..hik3

SoLy SoLicious said...

sedih dgn ape yg blaku dlam ngara kita skunk ~

Siti Mashitah Saidin said...

aku pon tak sokong sgt bersih nih.... mengotorkan keadaan. kecian org yg tak bersalah. buat trafik jam.

merahitujambu said...

tkt kan pasal smlm..aku pon sayang negara msia..negara yang aman damai...

syrupmasin said...

haha..sep sikit abu..same lah kite kalu ade undi2 lepas nih 1st time.. :D

Fathiah Hamim said...

naseb baek tak leh ngundi lagi. huhu

Mohd Izzar said...

hurm...

Niena Pengembara Ilahi said...

i love Malaysia :D

^baju kurung^ said...

hmm,, ntahla.dilema nk pilih sape nih.adoyaii~

Diary oF Mine said...

nsib baik kat sbh xda phimpunan yg ganas cmni... huhu.. mcm menakutkan ja tgk.... =.= mcm bkn d malaysia

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

pls lah, kang aku dok England kang baru tahu..hahaha..Bersih tp tak bersih..Ape motif ntah, kata nk tuntut PR lebih telus, tp dh mcm pengganas negara dh aku tgk..memalukan.. bila dh berlaku cmnih, dh tak kena dh "I'm proud to be Malaysian" Suppose, I malu to be Malaysian..huhu.. =.=

Miz Novexx said...

sayangilah negara kita yang 'aman damai' ni....

APAN said...

erm...kalau bab politik pun aku agak fail gak.nak kondem orang mmg sng tpi betul ke tak la fakta yg kita kondem tu...

dah daftar undi dah....tpi tah la.x nampak lagi.haha...

Tea said...

hmmmm... tak suka bersih bersih ni punya program.. negara kita ni xckup bersih ke? kalau xckup bersih, x aman dunia kita ni skang. tp kita sndiri blh tgk, bape ramai yg masih harmoni 1 malaysia.. ramai kann. yg huru hara hny segelintir. benda cmni, biasalah org bukan Islam nk jatuhkan org Islam. nk mengundi kena pandai2 lah pilih nt..

*cewah, ckp mcm pandai.. tea sendiri blom cukup umo

apik pehe said...

hishh..sbb ni la tak suke politik...tengok la saper yg kena undi nanti..hehehe

lilypelangi said...

pelangi pon tak suka la politik camnie !

sorang pon tak bagi keuntungan kat rakyat . sedeyh taw bila tgk rkyat MAS berpecah . hmm


HIDUP MALAYSIA !

zie_ira said...

ira pon tak amik port pasal politik ni,, so nak ckp pasal politik ni pon tak tau,, yg penting ,,saya sayang negara saya!~ hehe,,yeah,tahun ni da leyh daftar mengundi,,=='

Scya Lollita said...

ak nak menangis T,T
huwaaaaaaaaaaaaa

hawiz said...

sayang malaysia............

Bro ahmad said...

bersihkan sungai dulu..ramai2 tu kalau buat gotong royong kan bagus..sape nak larang

zaty said...

sejak bila wujudnya budaya demonstrasi jalanan ni kat M'sia. tak suka la. nak tiru budaya barat ke. aigoo

sergeant keroro said...

apabila satu agama bertelagah sesama sendiri

Hans said...

yups
aku suka entry ko nih
betul2
buktikan bahawa kita membuat pilihan yang betul
:-)

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

z a z a said...

1. den mmg snrnye x tau sgt ttg bersih - ye la den kan duk kat overc
2. ble den duk overc baru rase.. 'oh aku ni syg jgk kat malaysia' nge nge nge

vampire's lovex said...

betol ! aku pon x tahu nk sokong sapa,kang sokong pembangkang mcm sia2 plak,x menang pon...kalau sokong kerajaan,mcm x penah nk betol jek..hmmm ntah la wehhhh....

bunga said...

entah la..politik ni..

ïêmå å¢klê§ said...

iema pun xdaftar lagi...
tapi lecturer sume cakap kalau xmengundi berdosa lak..

Lalalilillulu said...

mari kite bersihkan kg kite...hehe

Bidadari Syurga said...

adoi... politik ya... hak undi kat tangan rakyat.. kalau rasa2 parti tu tak dpt menyumbangkan apa.. gunakan hak tu dengan bagusnya... tapi tulah dia... "jaga periuk nasi sendiri.... undilah memana... sama aja..." itulah sebab jdi mcm nie....

aleen aiden said...

hu3,alin memang xnak melibatkan diri dgn politik neh.ngeri dgn rasuahla,mcm2 la.

YOUsoF said...

Aku sayang negara ni ABU.. Tapi betul sangatlah ko cakap tu, aku pun dah tak nampak mana satu bersih dan mana satu 'bersih'...



Aku tengok tv INDON semalam diaorang tunjuk video perhimpunan bersihhuruhara..

Boleh pulak tu diaorang dapat video yang polis tengah terajang² orang awam. habes dah orang awam tak reti bahasa kan.. polis terpaksa la guna kekerasan.. Tapi confirm nama negara kita dah kotor dan busuk angkara 'makhluk' tu... ;|

ABU said...

abu: tak tahu la abu.. masing2 ada motif trsendiri

Pijah: tu la pasal..kalau aku ada aku pun nak buat mcm tu gak..

nabilla: rosak undi la kalau mcm tu :P

dill: tu la pasal..tapi undi ada pada kita..:)

nurnajwa: tula..aku naik pusing :P

faraa: atas pagar la ni kan..hehe

cucu: tu la pasal..sbb tu undi betul2 kan..

ayie: hahahaha ko bila pulak nak cakap pasai politik..

anif: oh thanks..:)

aisyah: tak nak la aku..free pun tak nak..hahahaha

syuxer: tu la gila masing2 gila kuasa, gila pangkat, gila nama..gila gila hahaha

izzah: aminn..

aman: yaaaa abu pun syng gak..hahah

alif: tu la masing nak tunjuk kuasa..oyeh!! bestnya...

lieyly: tula sedih den tengok..

adan: ya sayang la bah..mana lagi mau tinggal kalau bukan di sini..hahaha

muhamad: duakali lima..:D

far8: go go go..demo jom hahaha

soly: sedih tak sedih..buruk nama kat luar negara..huhuhu..

siti: tapi bagi aku..napa tak bgi permit jak..kan mudah..tak de nak kecoh2 mcm ni..huhu :D

merahitujambu: yaaa semua sayang Malaysia..

masin: ya mari undi rosak..hahaha

fath: oh lom cukup umur ek..tak pe tunggu next season..:D

izzar: hurm hurm..

niena: we all love Malaysia..:D

baju kurung: mcm tu tak yah la pilih mana mana..buat undi rosak jak la..hahaha

diary: kan..sebb kat sana pembangkang tak kuat huhu..

fee: kalau dia tak puas hati nak buat macam mana..huhuhu..

miz: ya sayang negara kita..:D

apan: kan..sama la aku fail gak..sikit2 jak blh..:D

tea: eh..lom cokop umur diam!!! hahahahahaha..

apik: aku pun sama gak..asyik nak pecah bela jak..huhu

lilypelangi: abu pun tak suka gak..

zie: sama la kita ^^

acya: nangis la ko..hahaha

hawiz: sayang la..kan

bro ahmad: ya mari gotong royong..

zaty: dah berapa kali dah..em..susah nak cakap..harap malaysia setiasa aman..

keroro: tak tahu nak cakap apa..

hans: :D thanks..tu la pasal..nak aman..

zaza: hahaha hujan emas di negeri orng..hujan batu di negeri sendiri..

vp: tak yah mengundi la kalau mcm ni..hahaha

bunga: politikus..:D

iema: oh ya ka..kena mngundi jugak la kalo mcm ni..undi rosak hahaha

lalalaliliillululu: jom bersihkan kampung yaaa...:D

bidadari: buatla pilihan yg bijak..oyehh!!...

aleen: duduk diam2 jak la klo mcm ni...hehehe

yousof: buruk dah nama malaysia kalo sng gini..huhuhu..

amir aizat said...

kita boleh lihat sendiri betapa sayangnya pemimpin kita dekat negara malaysia nih,huhu

schaze zainn said...

i dont trust BERSIH :p

tenkiu

schaze zainn said...

i dont trust BERSIH :p

tenkiu

Liyana Yusof said...

heheh~! abu, kita sama kan...
yg kerajaan ke pmbangkang ke.. semua nyer sama...

dah nama pemimpin, kerja nye memimpin je lah.. bukn nye sebuk2 psal hal pribadi org tu, hal pribadi org ni.. semua tuh samata2 nk berebut kuasa...

cuba praktikkan kepimpinan zmn Rasulullah dulu.. yg lebih kuat membertahan kan, agama, bngsa dn tanah air.. bukan kedudukan dan kuasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!