Saturday, April 16, 2011

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas, klik di sini.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku di sini, tips nombor 6..ok..good luck!

Hott key yang lain:
harga tiket kapal terbang murah.
cara beli tiket kapal terbang online.
Tutorial cara nak beli tiket kapal terbang online klik kat sini
beli kapal terbang.

14 comments:

adwafarahin said...

tggu gak awan dania komen..xde pon abu

heheheh :)

nk ikot! blk Sabah,buley dok?

hehe

GiveAsh said...

bolh sajoh!! hahaha..jom la jalan jalan..:)

Miss Dill said...

yang penting, kene ade kad kredit. hehe

Miss Dill^^

GiveAsh said...

yup..tap debit trus drpd bank pun blh jugak :)

azi nur said...

alo xpernah nek kapal terbang... :((

Wuucin Kimora said...

Klw Air Asia (AK) charge tukar date dlm 70 0r 80 sekali tukar,dlm internet..myb same gak kat kaunter.. klw kita xdpt pergi, mean tiket tu bakal burn leh gnti atas nama org lain.. coz xleh refund walaupun kita xg.yg penting 48 jam b4 depart. sometimes MAS ada offer murah, lg2 klw g sabah n sarawak... tegok date la juga, kdg lg berbaloi dr naik AK. Coz AK nie ada hidden charge, coz yg kita nampak tu bukan total sbnr...ape2 pun survey harga dulu dgn sume airlines.. mana yg ok.. So Happy booking! ;D

GiveAsh said...

azi..jom pgi kedah naik kapal..:)

GiveAsh said...

kimora..yup betul kadang2 tiket pgi sabah dgn sarawak lbh murah drpd AA..tp slalunya utk flight kk/sibu/kucing je..nak dirct flight ke tawau susah nak dpt murah.

cas tuk tukar dia dikenakan rm90 samada on9 taupun kaunter + beza harga tiket + insuran baru dll..:)

Shamsuddin Amin said...

ko ni mmg duta Airasia la...^^
papepon
info ko ni mmg tebaek...
bguna juga tuk kitorg...=P

GiveAsh said...

duta AA kan..harapan mau dapat tiket free hahaha

AbdulLah said...

boleh ke kalu aku dah beli tiket tapi kawan aku nk gune sgt2 time tu, die gune tiket tu tanpa tukar name, bleh ker?

Yuni Aisyah said...

tq for sharing this information...membantu saye...hehe..

jiejie said...

aku da silap booking , tolonggg , aku cari tak jumpakk nie tukar jadual penerbangan

Wan Diddy said...

Nk Tanya kalau tersilap isi jantina 2 mcm mn ekk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!